Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI P50 Pro Pre-order (1)

Tempah HUAWEI P50 Pro Sekarang, Anda Dapat Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM2100

Diterbitkan Januari 20, 2022 · Dikemas kini Januari 20, 2022 oleh Faiz Munir

Selapas pelancarannya pada 12 Januari 2022 tempoh hari, HUAWEI P50 Pro sudah boleh mula dipra-tempah. Siri P HUAWEI sememang popular dengan kebolehan mengambil gambar yang cantik.

HUAWEI sekali lagi mengingatkan bahawa dengan setiap pra-tempah HUAWEI P50 Pro ini dengan harga RM4,199, anda boleh membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM2,100.

HUAWEI P50 Pro Pre-order (1)

Antara hadiahnya ialah HUAWEI WATCH GT 2 Pro yang bernilai sehingga RM1,199. Selain itu, Anda juga akan mendapat hadiah percuma daripada HUAWEI Mobile Services yang bernilai RM244. Lain-lain hadiah (RM600) pula adalah:

  • Baucar EASI
  • ZUS Coffee
  • Tealive
  • Dadi Cinema
  • Flexi Parking
  • TGV Cinema
  • SOCAR
  • TREVO
  • Watsons
  • Traveloka
  • BOOST
  • AirAsia

Dalam tempoh sehingga 22 Januari ini juga, HUAWEI turut mengadakan Pertandingan Fotografi HUAWEI di HUAWEI Community. Pemenang boleh menang hadiah yang bernilai RM2,097.

huawei p siries contest

Jika anda berumur 18 tahun dan warganegara dan penduduk tetap Malaysia, anda hanya perlu

  1. Mengambil gambar menarik menggunakan peranti Siri P HUAWEI dan muat naik ke HUAWEI Community Gallery dan cipta hantaran baharu
  2. Gunakan tanda pagar #HUAWEIP50Pro dan #discovertruetolifemoment 
  3. Kongsikan ke media sosial anda. Pastikan akaun anda ditetapkan pada umum
  4. Komenkan pautan ini pada media sosial yang anda kongsikan tadi: https://consumer.huawei.com/my/community/details/topicId_161085/

Jika anda berminat dengan HUAWEI P50 ini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hadiah menarik dengan pra-tempah sebelum 22 Januari 2022.

Sumber: Siaran Akhbar HUAWEI

Baca juga:

  • Huawei Rasmikan P50 Pro dan P50 Pocket Di Malaysia, Guna Snapdragon 888 Dan Harga Dari RM4199
  • Harga Asal RM4999, Laptop Huawei Ini Boleh Dimiliki Serendah RM2999 Pada 1 Hari Sahaja
  • Beli Telefon Terpilih OPPO, Anda Dapat Jaminan Perlindungan Skrin Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY