Huawei Rasmikan P50 Pro dan P50 Pocket Di Malaysia, Guna Snapdragon 888 Dan Harga Dari RM4199

Huawei P50 Pro dan P50 Pocket telah pun dilancarkan di Malaysia hari ini. Malaysia merupakan antara negara yang terawal melancarkan peranti ini selepas China.

Huawei P50 Pro

  • Cip pemprosesan: Snapdragon 888 4G

  • Skrin: 6.6 inci (2700 x 1228), OLED, 120Hz kadar segar semula, 300Hz kadar input sentuh

  • Kamera: 50MP utama, 40MP mono, 13MP ultra lebar, 64MP telefoto dan 13MP swafoto

  • Bateri: 4360mAh, pengecasan pantas 66W, pengecasan wayarles 50W

  • Storan: 8GB RAM+256GB ROM


Huawei P50 Pocket

  • Cip pemprosesan: Snapdragon 888 4G

  • Skrin: 6.9 inci FHD+, OLED, 120Hz kadar segar semula, 300Hz kadar input sentuh

  • Skrin kedua: OLED (340 x 340), 60Hz kadar segar semula, 120Hz kadar input sentuh

  • Kamera: 40MP utama, 13MP ultra lebar, 32MP spektum dan 10.7MP swafoto

  • Bateri: 4000mAh, pengecasan pantas 40W

  • Storan: 8GB RAM+256GB ROM / 12GB RAM + 512GB ROM (Edisi premium)


Seperti yang dinyatakan pada ruang spesifikasi, Huawei P50 dan P50 Pocket ini akan menggunakan cip set Snapdragon 888 4G dan didatangkan dengan 2 warna iaitu Cocoa Gold dan Golder Black.



Huawei P50 Pocket mempunyai sedikit kelainan memandangkan peranti ini merupakan peranti premium bagi Huawei. Tidak seperti P50, P50 pocket ini mempunyai 2 varian iaitu 8GB+256GB (White) dan Edisi Premium 12GB+512GB (Premium Gold).



Huawei P50 Pro ini sudah boleh mula di pra-tempah harini dengan harga RM4,199. Setiap pra-tempah, anda berpeluang untuk nikmati hadiah percuma Huawei Watch GT 2 Pro yang bernilai RM1,199 dan beberapa hadiah lain dari Huawei Mobile Services.

Bagi Huawei P50 Pocket pula, pra-tempah boleh dibuat bermula 22 Januari dengan harga RM5,999 untuk varian biasa dan RM7,299 untuk Edisi Premium. Anda juga boleh nikmati hadiah percuma Huawei Watch 3 yang bernilai RM1,699 dan juga beberapa hadia menarik dari Huawei Mobile Services.

Jika anda berminat, anda boleh pra-tempah di Laman Rasmi Huawei, Huawei Experience Store dan kedai rasmi Huawei berautoriti.

Sumber: Siaran akhbar Huawei