Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P50

Telefon Pintar Terbaru Huawei P50 Bakal Tampil Dengan Kamera Lebih Berkuasa

Diterbitkan Jun 3, 2021 oleh Wiser MY

Acara rasmi Huawei semalam telah memperkenalkan sistem operasi terbaru, HarmonyOS bersama beberapa peranti baru seperti jam pintar dan tablet.

Selain itu, mereka turut berkongsi video pendek yang menampilkan siri telefon pintar terbaru Huawei P50 dengan kamera besar dan berkuasa.

Baca juga – HarmonyOS Rasmi, Ekosistem Huawei Sudah Bermula

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/gsmarena_001.mp4

Kata Huawei, telefon ini akan mempunyai rekaan nipis, ringan, dan ikonik serta mempunyai keupayaan fotografi mudah alih aras baharu.

Melihat pada susunan kameranya, Huawei P50 dilengkapi empat lensa kamera dengan dua flash. Tambahan lagi, ia juga mendapat sokongan optik Leica.

Walaupun tidak diberitahu spesifikasi sensor secara terperinci, dengan rekaan sebesar itu kita boleh jangkakan yang ia mungkin setanding kamera P40 Pro Plus yang dinobatkan sebagai raja zum telefon pintar.

Namun begitu, tarikh rasmi untuk Huawei P50 diperkenalkan masih belum diberitahu.

Baca juga – Pre-Order Huawei Vision S Dan Dapat Hadiah Bernilai Sehingga RM698

Apa pendapat anda mengenai telefon pintar flagship terbaru oleh Huawei ini?

Sumber: theverge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY