Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Android Kini Dilengkapi Ciri Pengesan Dan Pemberitahuan Awal Gempa Bumi

Telefon Pintar Android Kini Dilengkapi Ciri Pengesan Dan Pemberitahuan Awal Gempa Bumi

Diterbitkan Ogos 14, 2020 oleh ariff bukhari

Google dengan kerjasama United States Geological Survey (USGS) dan California Governor’s Office of Emergency Services (Cal OES) telah membangunkan sistem pintar terbina dalam pada telefon pintar Android yang mampu mengesan lebih awal bencana gempa bumi.

Malah sistem terbina dalam yang kini merupakan servis tersedia ada dalam Google Play Services mampu memaklumkan kepada para penggunanya kejadian gempa bumi yang berlaku kepada pengguna Android di seluruh dunia untuk bertindak mencari perlindungan.

“We saw an opportunity to use Android to provide people with timely, helpful earthquake information when they search, as well as a few seconds warning to get themselves and their loved ones to safety if needed.” Marc Stogaitis, Jurutera Perisian Android.

Pengesanan awal gempa bumi menerusi peranti Android dapat dilakukan dengan adanya ‘accelerometers’ yang tersedia ada di dalam telefon pintar Android.

Menurut Marc Stogaitis, sekiranya telefon Android mengesan gegaran yang dipercayai sebagai gempa bumi, ia akan segera menghantar isyarat kepada pelayan pengesan gempa bumi beserta dengan lokasi.

Seterusnya ia akan menggabungkan informasi dari telefon pintar Android lain bagi mengesahkan sama ada benar-benar berlakunya gempa bumi.

“We’re essentially racing the speed of light (which is roughly the speed at which signals from a phone travel) against the speed of an earthquake. And lucky for us, the speed of light is much faster!” Marc Stogaitis.

Buat masa ini, sistem ini berfungsi untuk pengguna Android di California dahulu.

Tetapi penyeldik menjangkakan ciri pengesan dan pemberitahuan gempa bumi ini akan diaplikasikan pada semua pengguna Android di seluruh dunia pada masa akan datang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY