Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telefon “Flagship” LG Ini Hanya Dijual Untuk Pekerjanya Sahaja

Posted on Mei 20, 2021

Telefon pintar LG sebenarnya sudah menjadi kenangan dan tinggalan sejarah selepas mereka rasmi menutup perniagaan telefon pintarnya secara global.

Baca juga – LG Tutup Perniagaan Telefon Pintar Secara Global

Meskipun begitu, mereka telah membangunkan sebuah peranti andalan (flagship) dengan kod nama Rainbow dan sebuah lagi peranti dengan paparan boleh gulung.

LG Rainbow (LG Velvet 2 Pro)

SD888
6.8" FHD+ OLED 120Hz
8/128
4500mAh

Limited 3000 unit sales delayed due to high popularity and discussing extending warranty from 6 months to 24 months
Only LG Electronics Korea employees can buy max 2 units per person
Resale prohibited

$176 pic.twitter.com/478IMUbgj7

— Tron ❂ (@FrontTron) May 17, 2021

Namun, telefon pintar tersebut tidak akan dijual secara rasmi kepada umum. Sebaliknya, hanya beberapa pekerja LG yang terpilih sahaja boleh memilikinya.

LG Velvet 2 Pro (LG Universal 2nd Gen, LG Rainbow, LM-V700N)

Unlocked unit
Approx. 3000 units
Resale prohibited
Black, Bronze, Ivory
Avail. only to Korea LG employees (max. 2 unit per person)
Around USD 170
Around 6 months of After Service (while parts last)
No software updates pic.twitter.com/mSuRpUQDa8

— Tron ❂ (@FrontTron) May 15, 2021

Menurut FrontTron, LG mempunyai 3000 unit peranti andalan itu yang mungkin namanya adalah LG Velvet 2 Pro. Peranti ini dikuasakan Snapdragon 888, 8GB RAM, 128GB storan, bekalan bateri 4500mAh serta dilengkapi skrin 6.8 inci FHD+ OLED 120Hz dengan tanda harga US$170 (~RM700).

Baca juga – Rangkaian 6G Secara Komersial Mungkin Dilancar Pada 2029

Tambahan lagi, setiap pekerja LG hanya terhad untuk membeli dua sahaja peranti tersebut dan dilarang sama sekali untuk menjualnya kembali di laman e-dagang.

Sumber: FrontTron via XDA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress