Android 12 merupakan kemaskini Android terkini oleh Google. Buat masa ini tidak banyak telefon yang sudah dipasang dengan Android 12 kecuali geng-geng Google Pixel, dan beberapa model telefon andalan lain.
Sehubungan dengan itu, jika telefon itu sudah agak berusia, boleh dikatakan agak mustahil untuk menerima sistem operasi versi terkini.
Bagaimana pula dengan telefon yang sudah berusia 9 tahun? Boleh lagikah untuk mendapatkan Android 12?
Boleh. Dengan syarat Android 12 itu datangnya dari perisian custom (custom ROM).
Samsung Galaxy S3 adalah merupakan telefon yang dilancarkan pada tahun 2012. Walaupun telefon ini sudah lama dilupakan ‘Samsung’ disebabkan tiada sokongan kemaskini, masih ada pengguna yang tidak melupakan telefon legenda ini.
Pada asalnya Galaxy S3 itu menjalankan Sailfish OS dan kemudiannya menerima LineageOS 19.0 oleh pembangun di XDA untuk mendapatkan sokongan Android 12.
Sudah namanya custom ROM, sudah tentu ia tidak lari dari pepijat – seperti penggunaan SIM PIN yang tidak berfungsi sebaiknya, memformat microSD yang menyebabkan bootloop, dan lain-lain.
Namun ia sebenarnya lebih kepada pepijat spesifik dan tidak mengganggu penggunaan telefon secara kasual.
Mungkin anda ada telefon lain yang sudah berusia dengan sokongan kemaskini yang usang, cuba masukkan custom ROM, mana tahu boleh guna lebih lama.
Sumber: XDA
Baca juga: