Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Boleh Lipat Google, Xiaomi Dan OPPO Dilapor Akan Dilengkapi Panel OLED Dari Samsung

Telefon Boleh Lipat Google, Xiaomi Dan OPPO Dilapor Akan Dilengkapi Panel OLED Dari Samsung

Diterbitkan Februari 24, 2021 oleh Amalina Athman

Samsung Display kini dilaporkan sedang membangunkan panel OLED boleh lipat untuk dibekalkan kepada beberapa syarikat pengeluar telefon pintar termasuk OPPO, Xiaomi dan Google.

Menurut laporan TheElec, telefon boleh lipat daripada semua pengeluar tersebut akan dilancarkan akhir tahun ini.

Laporan turut mendakwa panel OLED untuk OPPO akan menampilkan rekaan lipat dari atas ke bawah. Ia mempunyai paparan berukuran 7.7 inci apabila dibuka lipat, manakala paparan luar akan dimuatkan dengan skrin antara 1.5 dan 2 inci. Paparan peranti ini dikatakan adalah lebih besar daripada yang digunakan pada Samsung Galaxy Z Flip.

Sementara itu, Xiaomi pula akan beralih ke rekaan boleh lipat dengan melancarkan peranti berukuran 8.03 inci yang akan dibangunkan oleh Samsung Display dan CSOT.

Bagi Google pula, pihaknya turut meminta Samsung untuk membangunkan panel OLED boleh lipat dengan saiz sekitar 7.6 inci.

Laporan mengenai ketiga-tiga pengeluar ini akan memasuki  segmen pasaran telefon boleh lipat bukanlah perkara baharu. Ianya juga adalah selari seperti yang dilaporkan sebelum ini, di mana ketiga-tiga pengeluar tersebut dikatakan akan melancarkan telefon boleh lipat pada 2021.

Dengan lebih banyak jenama yang dijangka memasuki segmen pasaran ini, kita mungkin dapat melihat penawaran yang lebih pelbagai.

Sumber: TheElec

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY