Pada awal Jun lalu Huawei telah memperkenalkan sistem operasi mereka tersendiri, HarmonyOS. Ia juga terbuka untuk digunakan pada peranti keluaran jenama lain.
Terkini, laporan mengatakan siri telefon baru Nokia X60 pada tahun ini akan menggunakan HarmonyOS dan sedang berada dalam fasa ujian. Sekiranya semua berjalan lancar, siri Nokia X60 mungkin menjadi pertama bukan dari Huawei yang menggunakan HarmonyOS.
Selain itu, laporan terbaru juga membocorkan sedikit spesifikasi telefon pintar flagship Nokia tersebut. Dikhabarkan, siri X60 ini didatangkan dengan sensor utama 200MP, paparan lengkung, dan bateri besar 6000mAh.
Walaupun hanya khabar angin, dengan spesifikasi sensor besar ini Nokia seperti sudah bersedia untuk bersaing semula dengan jenama lain.
Tetapi yang menjadi tumpuan seterusnya tentulah cip yang bakal digunakan untuk digandingkan bersama ciri andalannya itu. Untuk maklumat lebih lanjut, sama-sama kita nantikan perkembangan dari Nokia sendiri kelak.
Sumber: ithome
Foto utama: nokiamob
Baca juga – Nokia Berhasrat Tawar Teknologi 5G Di Malaysia
Baca juga – Khabar Angin Mendakwa HarmonyOS Adalah Cetak Rompak Dari Sistem Android