Teknologi Yang Sudah Ketinggalan Zaman Untuk Tahun 2021

Perkembangan teknologi kian pesat setiap tahun mengikut keperluan dan kehendak pengguna semasa. Saban hari, teknologi lama dilihat sudah menjadi "lapuk" atau ketinggalan zaman.

Jadi di sini dikongsikan antara teknologi yang boleh dikategorikan sebagai sudah lapuk untuk tahun 2021 ini:

1. Pemacu optik (Optical Drive) di komputer meja/riba



Pada mulanya pemacu optik digunakan untuk memasukkan CD storan data seperti permainan video, filem, lagu, pemasang perisian, dan lain-lain.

Saiz yang memakan ruang besar di dalam komputer riba sehingga menjadikan ia agak berat dan tidak mesra mudah alih di era sekarang.

Selain itu, kapasiti storan untuk CD atau DVD hanyalah sekitar 700MB dan 4.7GB sahaja. Boleh dikatakan pengguna sekarang lebih gemar menggunakan USB Flash, HDD, atau SSD yang menawarkan kapasiti lebih besar dan lebih mesra pengguna.

Tambahan pula, kemunculan pelbagai aplikasi seperti Spotify sudah cukup berguna untuk pengguna menyimpan atau menikmati hiburan secara atas talian.

Baca juga - Ini Sebab Kenapa Kabel iPhone Mudah Rosak

2. Peranti GPS 



Penggunaan peranti GPS didalam kereta tidaklah terkubur sepenuhnya. Malahan, kebanyakan kereta sekarang dimuatkan dengan sistem GPS tersedia terutama kereta moden dan berkuasa.

Namun, yang menjadi lapuk adalah peranti GPS standalone kerana kebanyakan telefon pintar sekarang sudah dimuatkan dengan aplikasi GPS di dalamnya.

Selain itu, teknologi navigasi GPS yang ada di dalam sesebuah telefon pintar lebih mudah diguna, pelbagai ciri tambahan serta lebih tepat dengan kemas kini berkala.

Baca juga - 5 Perisian Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Merakam Video Pada Skrin Komputer

3. USB Mikro



Penggunaan USB Mikro dalam pelbagai gajet sudah patut lama dihentikan terutama pada telefon pintar.

Bukan sahaja dianggap ketinggalan zaman, penggunaan teknologi ini sudah tidak relevan dan tidak mencapai keperluan peranti sekarang yang disokong kebolehan pengecasan pantas dan tanpa wayar yang lebih moden.

Selain itu, kebanyakan peranti sekarang juga didatangkan dengan USB-C, jadi adalah lebih mudah jika semua peranti diselaras menggunakan port USB yang sama.

4. Kata laluan



Dengan pengenalan teknologi pengimbasan cap jari, muka, dan mata, penggunaan kata laluan dalam pelbagai peranti sudah semakin tidak releven.

Walaupun ianya masih tersedia, pengguna sekarang jarang menggunakannya kerana agak lambat, leceh, dan kurang selamat.

Manakala teknologi biometrik pula boleh digunakan sebagai ciri keselamatan pada pelbagai perkara seperti perbankan atas talian.

Baca juga - 5 Gajet Viral Di TikTok Yang Mungkin Anda Minat

Sumber: idropnews & pocket-lint

Foto utama: freepik