Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Perubatan Baharu Ini Kenal Pasti Bakteria Dalam Masa 3 Jam, Ketepatan 99%

Teknologi Perubatan Baharu Ini Kenal Pasti Bakteria Dalam Masa 3 Jam, Ketepatan 99%

Diterbitkan Mac 28, 2025 · Dikemas kini Mac 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Sekumpulan penyelidik dari Ulsan National Institute of Science & Technology (UNIST), Korea Selatan telah membangunkan teknologi diagnostik baharu yang mampu mengenal pasti patogen berjangkit dengan ketepatan hampir 100% dalam masa kurang tiga jam.

Kaedah ini lebih pantas dan tepat berbanding kultur bakteria dan PCR, serta berpotensi mengurangkan kadar kematian akibat jangkitan seperti sepsis yang memerlukan rawatan antibiotik segera.

Teknologi ini menggunakan kaedah Fluorescence In Situ Hybridization (FISH) dengan asid nukleik peptida (PNA) sebagai probe.

Teknologi Perubatan Baharu Ini Kenal Pasti Bakteria Dalam Masa 3 Jam, Ketepatan 99%

Dua molekul PNA digunakan serentak untuk mengesan RNA ribosom bakteria melalui mekanisme Förster Resonance Energy Transfer (FRET), yang menghasilkan isyarat fluoresen hanya apabila kedua-dua molekul mengikat sasaran.

Ini meningkatkan ketepatan dan mengurangkan kemungkinan kesilapan diagnosis.

Dalam ujian, teknologi ini berjaya mengesan tujuh spesies bakteria dengan ketepatan melebihi 99%, kecuali Staphylococcus aureus (96.3%).

Keberkesanannya juga terbukti dalam sampel campuran bakteria, di mana Enterococcus dan E. coli dikenalpasti dengan ketepatan melebihi 99%.

Profesor Hajun Kim menyatakan bahawa kaedah ini dapat mempercepat diagnosis penyakit berjangkit seperti sepsis, jangkitan saluran kencing, dan pneumonia, serta mengurangkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu.

Kajian lanjut akan dilakukan menggunakan sampel darah pesakit bagi menilai keberkesanan klinikalnya.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Kajian Baharu Bongkar Bahaya Tersembunyi Dalam Gula-Gula Getah
  • Projek CETI: Memahami Bahasa Paus Sperma Dengan Teknologi AI
  • Bill Gates Ramal AI Bakal Gantikan Ramai Doktor Dan Guru

Sumber: unist

Gambar: unist

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY