Mungkin masih ramai yang masih belum tahu bahawa anda boleh menebus Lotus Gift Card bernilai sehingga RM50 hanya dengan membuat carian di internet.
Untuk mendapatkannya pula cukup mudah iaitu anda hanya perlu menggunakan pelayar Edge yang terbina dengan enjin carian Microsoft Bing.
Jadi, setiap kali anda membuat carian dengan pelayar Edge, anda akan diberi mata ganjaran bagi setiap carian yang anda buat.
Daripada mata ganjaran terkumpul itulah anda boleh menebusnya untuk Lotus Gift Card.
Pertama sekali, anda perlu log masuk ke akaun Microsoft anda. Bagi pengguna PC Windows, anda sepatutnya secara automatik dilog masuk ke dalam akaun tersebut dan pelayar Edge anda juga diselaraskan dengan akaun dalam PC anda.

Tapi, jika anda ingin log masuk ke dalam pelayar Edge dengan akaun yang berbeza pun tiada masalah.
Cuma, pastikan anda menggunakan akaun yang sama pada setiap peranti supaya mata ganjaran terkumpul dalam satu akaun sahaja.
Jadi, tidaklah mata ganjaran hasil dari aktiviti carian Bing berpecah kepada akaun lain.
Untuk log masuk ke akaun anda di pelayar Edge, klik pada ikon seperti rajah di bawah.
Selepas log masuk, anda akan mula mendapat mata bagi setiap carian yang dibuat dengan menggunakan enjian carian Bing.
Pastikan juga anda telah mengaktifkan tetapan Microsoft Rewards. Tetapan ini bleh disemak menerusi Settings pelayar Edge > Microsoft Rewards.
Selain membuat carian, bagi anda yang rajin pula, anda boleh mendapatkan lebih banyak mata Microsoft Rewards dengan membuat pelbagai aktiviti yang ditawar.
Untuk melihat lebih lanjut tentang aktiviti ini, anda pergi ke laman Microsoft Rewards. Di laman ini, anda juga boleh melihat mata terkumpul Microsoft Rewards anda.
Jadi, bagi anda yang memang pengguna tegar pelayar Edge di PC atau ada menggunakan aplikasi Bing di telefon pintar atau tablet, mungkin tanpa sedar mata Microsoft Rewards anda sudah pun bertimbun.
Lagi banyak mata terkumpul, anda dapat lebih banyak ganjaran menerusi naik tahap.
Akhirnya, tibalah untuk anda menebus mata ganjaran ini dengan Lotus’s Gift Card . Untuk tebus, laman Microsoft Rewards anda ada memaparkan jumlah mata terkumpul yang berjaya dikumpul anda hasil dari carian Bing dan aktiviti.
Seterusnya anda klik pada bahagian Redeem. Seperti yang dipaparkan, terdapat banyak yang boleh ditebus dengan mata ganjaran Microsoft ini.
Ia bukan sahaja boleh ditebus untuk Lotus’s Gift Card sahaja, tapi juga platform permainan Roblox dan didermakan pada pelbagai badan NGO.
Jadi, klik pada pilihan Lotus’s Gift Card untuk menebus. Suka diingatkan bahawa, untuk menebus Lotus’s Gift Card ini, anda perlukan sekurang-kurangnya sebanyak 3,125 mata Microsoft Rewards untuk Lotus’s Gift Card yang bernilai RM10.
Untuk menebus Lotus’s Gift Card yang bernilai RM50 pula, anda memerlukan mata ganjaran Microsoft sebanyak 14,510 mata.
Seterusnya, klik butang REDEEM REWARD untuk menebus mata ganjaran Microsoft dengan Lotus’s Gift Card dan sahkan penebusan dan klik butang CONFIRM REWARD.
Pengesahan penebusan diperlukan yang memerlukan anda memasukkan nombor telefon untuk menerima kod pengesahan yang dihantar menerusi mesej SMS atau panggilan telefon (bergantung pada pilihan anda).
Setelah selesai, klik butang Complete my order dan penebusan berjaya. Anda juga akan menerima emel di akaun anda yang memaklumkan penebusan telah berjaya.
Berikut pula adalah 9 perkara yang anda patut tahu tentang cara menggunakan Lotus’s Gift Card ini:
- Baucar boleh digunakan sebagai wang tunai untuk membeli barangan di mana-mana kedai Lotus’s di Malaysia.
- Baucar tidak boleh ditukar ganti atau dikembalikan (iaitu tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau baucar baharu).
- Baucar boleh digabungkan, tertakluk kepada had maksimum penebusan RM500 dalam satu resit.
- Baki tidak akan diberikan sekiranya nilai pembelian kurang daripada nilai baucar.
- Baucar boleh digunakan bersama wang tunai (sah di sisi undang-undang), kad kredit atau kad debit.
- Baucar hanya sah untuk satu penebusan sahaja.
- Baucar tidak sah digunakan di Medan Selera atau mana-mana premis yang tidak dikendalikan oleh Tesco/Lotus’s.
- Tesco/Lotus’s tidak akan melayan sebarang tuntutan bagi baucar yang rosak, cacat atau hilang.
- Tesco/Lotus’s berhak meminda Terma dan Syarat ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Cara untuk menggunakan baucar ini pula adalah seperti berikut:
- Tunjukkan peranti mudah alih anda dengan e-baucar hadiah ini.
- Naikkan kecerahan skrin mudah alih anda ke tahap maksimum.
- Besarkan kod bar pada skrin agar dapat diimbas oleh juruwang.
Selesai dan selamat mencuba.

{suggest}