Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tebus 3 Permainan PC Percuma Ini Di Epic Games Store

Tebus 3 Permainan PC Percuma Ini Di Epic Games Store

Diterbitkan Ogos 14, 2020 oleh Meor Hasyim

Tora datang lagi. Seperti biasa Epic Games Store hadir dengan permainan percuma mingguan. Minggu ini mereka menawarkan permainan Remnant: From The Ashes dan juga The Alto Collection serta tambahan eksklusif A Total War Saga: Troy yang percuma untuk 24 jam.

Remnant: From The Ashes merupakan permainan pengembaraan aksi pihak ketiga yang dibangunkan oleh Gunfire Games. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan membawakan genre atau mekanik seumpama siri Dark Souls.

Namun, elemen unik permainan ini adalah penggunaan senjata api selain daripada senjata melee.

The Alto Collection pula merupakan permainan side-scrolling yang membawakan pengembaraan pemain meluncur melalui berbagai kawasan.

Dibangunkan oleh Team Alto, The Alto Collection menghimpunkan 2 jenis tajuk iaitu Alto’s Adventure dan Alto’s Odyssey.

Yang paling eksklusif adalah A Total War Saga: Troy yang hanya percuma dalam masa 24 jam sehingga 9 malam ini. Permainan ini merupakan judul dari siri Total War yang membawa pemain dalam cerita Paris sebagai putera Troy.

Untuk Remnant: From The Ashes dan juga The Alto Collection, permainan tersebut percuma bermula sekarang sehingga 20 Ogos sahaja.

Muat turun permainan di pautan ini:

  • Remnant: From the Ashes
  • The Alto Collection
  • A Total War Saga: Troy

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY