Ikuti kami di media sosial

Berita

Taman Tema Super Nintendo World Akan Dibuka Di Universal Studios Japan

Amalina Athman

Ditulis

pada

Super Nintendo World, dengan tema karakter Super Mario akan menjadi sebuah tarikan taman tema yang paling menarik dan berteknologi pada masa ini.

Super Nintendo World

Gambar: Bloomberg

Menurut Kurumi Mori, wartawan Bloomberg, taman tema ini dilancarkan menjelang Olimpik Tokyo 2020 sebagai sebahagian daripada Universal Studios Japan di Osaka. Pengunjung ketika mengunjung akan diberikan  “Power Up Band” wristband. Wristband tersebut akan diselaraskan dengan aplikasi telefon pintar dan juga digunakan untuk menjejak aktiviti digital semasa anda berjalan-jalan.

-- Iklan --

Wristband ini juga akan membolehkan anda mengumpul syiling digital dan bersaing dengan peserta lain di taman tema tersebut. Thierry Coup, ketua pegawai kreatif Universal Creative, menggelarkan Super Nintendo World sebagai “a life-size, living video game”.

Aplikasi tersebut akan menampilkan peta gaya permainan untuk mencari tempat tarikan, dan anda dapat mencipta akaun profil dan juga merekod capaian progres. Ketika ini, kurang jelas mengapa anda mengumpul duit syiling tersebut, kemungkinan ia digunakan untuk menebus hadiah, seperti hadiah bertemakan Nintendo dan lain-lain.

Ia juga boleh menjadi sebagai bentuk komponen interaktif atau permainan yang boleh anda main di taman tema tersebut.

Super Nintendo World di Universal Studios Japan adalah yang pertama akan dibuka pada musim panas ini dan akan diikuti oleh Universal Studios Hollywood dan Singapura. Sementara menunggu lebih banyak maklumat mengenainya, anda boleh lihat muzik video kolaborasi Galantis dan Charli XCX, yang menulis lagu tema Super Nintendo World, “We Are Born to Play”.

Sumber: The Verge, Twitter

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular