Nintendo Daftar Tanda Dagang Mario & Luigi - Permainan Siri Mario Yang Baru Akan Tiba?

Nintendo memfailkan tanda dagang baru bagi Siri Mario & Luigi


Tanda dagang baru yang difailkan oleh Nintendo menandakan syarikat itu mungkin mempunyai rancangan untuk terlibat dengan lebih banyak lagi untuk siri Mario & Luigi. Tindakan ini dibuat mungkin rentetan dari pembangun sebelumnya, AlphaDream, yang telah muflis beberapa bulan lalu.

Pada tahun 2003, AlphaDream membangunkan Mario & Luigi: Superstar Saga untuk Game Boy Advance, iaitu permainan RPG yang membolehkan pemain melakukan interaksi tambahan semasa adegan pertempuran, seperti melompat pada waktu yang tepat untuk mengelakkan serangan musuh dan sebagainya.

Tanda Dagang Mario & Luigi Kapsyen: Gambar: LetsGoDigital


Menurut LetsGoDigital, Nintendo memfailkan tanda dagang baru untuk nama Mario & Luigi di Argentina pada 9 Januari lepas. Tanda dagang ini bertujuan untuk produk yang berkaitan permainan video, catridge, kad memori dan kerangka telefon, yang menunjukkan bahawa kemungkinan ada permainan Mario & Luigi yang baru untuk telefon mudah alih dan Nintendo Switch.

Namun masih belum diketahui bilakah permainan bagi siri ini akan dikeluarkan. Kita mungkin perlu menunggu sehingga 2021 sebelum siri baru Mario & Luigi dikeluarkan, sama ada untuk Switch (Lite) atau telefon mudah alih. Tanda dagang ini juga menunjukkan bahawa Nintendo mungkin tidak mahu melepaskan siri RPG Mario & Luigi.

Sumber: LetsGoDigital, ScreenRant