Talian Khidmat Pelanggan Dan Kaunter Aduan MCMC Digantung Buat Sementara Waktu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mengumumkan Talian Khidmat Pelanggan 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua pejabat MCMC akan digantung buat sementara waktu bermula 11 Januari 2021.

Bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan pihak awam serta pekerja, MCMC menyatakan tindakan ini adalah sebagai langkah untuk berjaga-jaga berikutan penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, aduan masih boleh disalurkan melalui portal aduan rasmi MCMC, e-mel serta WhatsApp di talian 016 - 220 6262 dengan waktu operasi Isnin hingga Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sementara itu, kedua-dua perkhidmatan berkenaan akan digantung sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sumber: MCMC