Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
take-two zynga

Take-Two Rasmi Membeli Zynga Pada Nilai $12.7 Bilion

Diterbitkan Mei 25, 2022 · Dikemas kini Mei 25, 2022 oleh Nadiah Ab

Syarikat Take-Two Interactive secara rasmi menjadi pemilik baru syarikat permainan gergasi, Zynga selepas perjanjian diluluskan oleh pemegang saham Zynga.

Take-Two bersetuju untuk membeli Zynga pada nilai US$12.7 bilion (~RM55.8 bilion) pada Januari 2022 dan mengatakan akan menjadi salah satu penerbit permainan mudah alih terbesar dalam industri.

Take-Two ialah pemilik francais utama seperti Grand Theft Auto, Red Dead Redemption dan NBA 2K.

Manakala, Zynga telah mengusahakan permainan mudah alih dan sosial terkenal seperti CSR Racing, Words with Friends, dan Empires & Puzzles.

Ketika perjanjian tersebut diumumkan, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Take-Two, Strauss Zelnick, berkata langkah itu akan membolehkan syarikat itu mewujudkan prestasi yang jauh lebih baik dalam pasaran mudah alih.

Sumber: TechCrunch

Baca juga:

  • Take-Two Beli Pembangun FarmVille, Mungkin Nanti Ada GTA Online Mobile
  • Permainan PS5, PS4 Dijual Pada Harga Diskaun Hingga 43% Dengan Ramadan Deals
  • Walaupun Catat Kerugian, Netflix Mahu Lancar 30 Permainan Lagi Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY