Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2024-01-03 at 3.17.43 PM

Tak Perlu ‘Drift King’, Toyota Supra Dengan AI Ini Mampu ‘Drift’ Sendiri

Diterbitkan Januari 3, 2024 · Dikemas kini Januari 3, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin selepas ini anda tidak perlu pun lagi belajar untuk menjadi pakar drift. Ini kerana, Institut Penyelidikan Toyota (TRI) bersama-sama dengan Universiti Stanford telah membangunkan teknologi pembelajaran mesin untuk menganalisis gaya pemanduan drift manusia sebelum mencipta algoritma yang membenarkan ia memahami kekurangan cengkaman dan seterusnya drift dengan sendiri.

Menerusi kereta berprestasi tinggi mereka, model terbaru Toyota Supra dengan talaan Greddy dan pakar drift terkenal Ken Gushi, mereka menggunakan teknologi AI untuk membolehkan kereta itu drift dengan sendiri.

Tak Perlu ‘Drift King’, Toyota Supra Dengan AI Ini Mampu ‘Drift’ Sendiri
Supra ini lengkap dengan kit badan lebar Pandem, sayap belakang gergasi, suspensi khas, kerangka pelindung penuh dan brek tangan hidraulik.

Wartawan TopGear yang berkesempatan merasai sendiri pengalaman itu menceritakan, “Selepas bergerak dan beralih ke gear kedua dengan sendiri, kereta itu dengan sendirinya mengenali tempat untuk memulakan drift dan menarik brek tangan hidraulik. Ia berjaya mengekalkan sudut yang baik dan malah melakukan peralihan dengan beberapa kawalan klac dan pendikit yang bijak. Tidak terkena satu kon pun pada tanda tergelincir yang kami gunakan. Penjejakan laluan dan pemahaman meluncur itu jelas berfungsi dengan baik.”

Tak Perlu ‘Drift King’, Toyota Supra Dengan AI Ini Mampu ‘Drift’ Sendiri

Menjelas dengan lebih lanjut, projek ini berpunca daripada kertas kajian yang diterbitkan Stanford bertajuk ‘Membuka Dimensi Baharu: Perancangan dan Kawalan Pergerakan Kenderaan menggunakan Brek semasa Hanyut’.

Para penyelidik sebenarnya memulakan projek ini dengan DeLorean yang diubah suai. Ia adalah untuk membuktikan bahawa komputer boleh memandu dan mengawal kenderaan pacuan roda belakang, walaupun ia mungkin tidak dapat meluncur seperti Supra.

Tak Perlu ‘Drift King’, Toyota Supra Dengan AI Ini Mampu ‘Drift’ Sendiri

Asasnya adalah mengenai keselamatan – teorinya ialah jika otak kereta tahu cara mengawal drift, maka ia akan lebih bersedia untuk mengawal situasi kecemasan yang lebih ekstrem di jalan raya, contohnya jika ia melanggar tompokan ais atau jika ia terpaksa melencong untuk mengelakkan sesuatu di jalan raya.

Pasukan Pemanduan Interaktif Manusia (HID) dari TRI ingin menggabungkan algoritma yang dicipta dalam kajian ini ke dalam sistem keselamatan aktif dalam kereta.

Tak Perlu ‘Drift King’, Toyota Supra Dengan AI Ini Mampu ‘Drift’ Sendiri

Bukan ciri pemanduan sendiri sepenuhnya, tetapi mereka mahukan pemandu dapat mengawal kenderaan dengan teknologi autonomi yang akan mengambil alih apabila ia diperlukan.

Berkaitan

  • Belanjawan 2024: Pusat Pengajian AI Pertama Negara Ditubuhkan
  • Penyelidik Singapura Bina Bot Sembang AI Yang Boleh 'Jailbreak' Bot Sembang Lain
  • Pernah Diketawakan Elon Musk, BYD Kini Atasi Tesla

Sumber: TopGear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY