Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipad gen 10

Tak Mendesak, Ramai Pengguna iPad Masih Setia Dengan Model Lama

Diterbitkan Mei 23, 2024 · Dikemas kini Mei 23, 2024 oleh ariff bukhari

Apple telah pun melancarkan model terbaru iPad menerusi iPad Pro yang kini menggunakan skrin OLED dan cip Apple M4.

Walau bagaimanapun, berdasarkan data dari Consumer Intelligence Research Partners (CIRP) menunjukkan, pengguna menyimpan iPad sedia ada mereka lebih lama daripada sebelumnya.

Ini sekali gus menimbulkan persoalan, apakah yang akan mendorong peningkatan jualan iPad baharu dan sejauh manakah barisan model baharu penting kepada pemilik iPad sedia ada.

Jadi untuk menjawabnya, CIRP melihat perkara yang dilakukan oleh pemilik iPad dengan iPad “lama” mereka apabila mereka mendapat yang baharu.

“Untuk menentukur data itu, kami membandingkannya dengan perkara yang dilakukan oleh pemilik iPhone dengan telefon mereka sebelum ini apabila mereka menaik taraf.” CIRP

Hasil dari perbandingan data itu menunjukkan, dalam dua belas bulan yang berakhir pada Mac 2024, didapati 67% pembeli iPad menyimpan iPad lama, sama ada dengan memberikannya kepada ahli keluarga atau rakan atau dengan hanya menyimpannya.

Sebagai perbandingan, hanya 41% pembeli iPhone menyimpan atau menyerahkan iPhone lama mereka (lihat carta 1, Pelupusan iPad dan iPhone Sebelumnya (dua belas bulan berakhir Mac 2024).

Disposition of Previous iPad and iPhone (twelve months ending March 2024)

Kira-kira satu pertiga daripada iPad lama digunakan oleh rakan atau ahli keluarga, manakala kira-kira 10% daripada iPhone lama digunakan rakan atau ahli keluarga.

Ini menunjukkan bahawa iPad lama agak boleh digunakan dan berguna, jadi walaupun model baharu dilancar dengan ciri yang dipertingkatkan, mungkin pengguna melihatnya sebagai tiada keperluan yang mendesak mereka untuk membelinya.

Juga didapati, kurang daripada 10% pengguna yang menaik taraf kepada model iPad baharu, dilaporkan melakukan tukar beli (trade in)  dengan peranti lama mereka.

Selain itu, CIRP mendapati terdapat perbezaan yang ketara dalam peratusan pengguna iPad dan iPhone yang melaporkan bahawa peranti lama mereka hilang, dicuri atau rosak.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iPad Pro Baharu Kini Dengan Skrin OLED Dan Cip Apple M4
  • Apple Turunkan Harga iPad, Kini Hanya Dari RM1,799

Sumber: CIRP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY