Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kegawatan Ekonomi Global, Ini Antara ‘Gergasi’ Teknologi Yang Terkesan

Tak Makan Pujuk, Kini Google Bertegas Arah Pekerja Pulang Ke Pejabat

Diterbitkan Jun 8, 2023 · Dikemas kini Jun 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Google antara gergasi yang berbangga dengan polisi kerja dari rumah atau WFH sewaktu awal pandemik COVID-19 dulu. Produk-produk mereka juga antara yang penting waktu itu.

Namun, mereka kini semakin berkeras mahu pekerja kembali ke pejabat.

pejabat google

Selepas lebih setahun cuba memujuk dengan meminta pekerja datang ke pejabat 3 hari seminggu dengan makanan percuma dan manfaat lain, nampaknya kakitangannya masih ‘berdegil’.

Justeru, melalui memo terbaru, Google telah mewajibkan kakitangan untuk ikut arahan 3 hari di pejabat itu. Jika tidak, ia akan dimasukkan dalam ulasan prestasi (performance review) mereka.

pejabat google

Kata laporan, para pekerja masih mencintai keanjalan bekerja dari rumah kerana percaya ia menyumbang pada kesejahteraan mental mereka.

Namun, pihak atasan pula percaya pejabat masih diperlukan untuk inovasi dan kerjasama antara pihak.

Berkaitan

  • "WFH Tak Relevan, Masuk Pejabat Atau Berhenti" - Elon Musk
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Pelan Internet "Unlimited" Prabayar Bawah RM50 Setakat Jun 2023
  • Apple Store KL Dijadual Buka Pada Februari 2024

Bukan hanya Google, malah kebanyakan syarikat besar yang dulu memberi kelonggaran untuk bekerja dari rumah sudah mula bertegas untuk pekerja pulang ke pejabat.

Misalnya, Disney, Starbucks dan AT&T. Kadar kehadiran ke pejabat sekarang masih di bawah 50% walaupun pelbagai insentif ditawarkan syarikat, menurut Kastle Systems.

Dalam perkembangan lain, Google mengarahkan kakitangan di pantai timur AS seperti New York untuk bekerja dari rumah akibat jerebu disebabkan musim kebakaran hutan.

Sumber: The Washington Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY