Tak Lama Lagi, WhatsApp Akan Ada Ciri Baharu Ini

Terdahulu, kami pernah melaporkan yang WhatsApp Web bakal hadir dengan tanpa sambungan telefon pintar. Bermaksud, pengguna boleh log masuk ke peranti lain walaupun tiada sambungan peranti utama (telefon pintar).

Baca juga - WhatsApp Web Bakal Hadir Tanpa Sambungan Telefon Pintar

Kini, Mark Zuckerberg mengesahkan perkara ini kepada WABetaInfo dan selepas ini, pengguna tidak lagi perlu risau dengan paparan "Phone not connected".



 

Tambahan, ciri ini menyokong sehingga 4 peranti pada satu-satu masa. Dengan ini, secara tidak langsung aplikasi WhatsApp pada iPad juga akan ditawarkan secara rasmi.

Kapsyen: WhatsApp iPad


Selain itu, terdapat dua lagi ciri yang akan diberikan. Pertama, Disappearing Mode - segala perbualan anda akan hilang serta dipadam dalam tempoh 7 hari. Bermakna, setiap perbualan baharu dibuat, secara automatik ia berada dalam Disappearing Mode.



Kedua adalah ciri "View Once" pada gambar dan video yang telah dihantar. Setiap gambar atau video yang diterima dan telah dilihat, ia akan dipadam serta merta. Namun, tangkap layar (screenshot) tetap boleh dibuat oleh penerima. Untuk mudah memahami, ciri tersebut, ia sama seperti Snapchat.

Baca juga - Cara Kurangkan Ruang Storan Yang Diambil WhatsApp Di Telefon

Walau bagaimanapun, kesemua ciri baharu ini akan tiba buat pengguna beta terlebih dahulu sebelum dilepaskan secara rasmi kepada umum.

Sumber: WABetaInfo