Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Logo

Sweden Arah 4 Syarikat Berhenti Guna Google Analytics

Diterbitkan Julai 5, 2023 oleh ariff bukhari

Pihak Berkuasa Sweden untuk Perlindungan Privasi (IMY) telah mengarahkan 4 syarikat berhenti menggunakan Google Analytics untuk menganalisis trafik laman sesawang.

Larangan itu dibuat selepas IMY meneliti penggunaan Google Analytics oleh firma berikutan aduan oleh kumpulan privasi data Austria yang dikenali sebagai noyb (none of your business) memfailkan berpuluh-puluh aduan terhadap Google di seluruh Eropah.

Noyb menegaskan bahawa penggunaan Google Analytics untuk statistik sesawang oleh syarikat tersebut mengakibatkan pemindahan data Eropah ke Amerika Syarikat yang melanggar peraturan perlindungan data EU iaitu GDPR (General Data Protection Regulation).

GDPR hanya membenarkan pemindahan data ke negara ketiga jika Suruhanjaya Eropah telah menentukan mereka menawarkan sekurang-kurangnya tahap perlindungan privasi yang sama seperti EU.

Keputusan Mahkamah Keadilan EU 2020 telah membatalkan perjanjian pemindahan data EU-AS sebagai tidak mencukupi.

IMY berkata, ia menganggap data yang dihantar kepada Google Analytics di Amerika Syarikat oleh 4 syarikat itu sebagai data peribadi dan bahawa “langkah keselamatan teknikal yang diambil oleh syarikat itu tidak mencukupi untuk memastikan tahap perlindungan yang pada asasnya sepadan dengan yang dijamin dalam EU…”

Ekoran itu, IMY mendenda firma telekomunikasi Tele2 sebanyak 12 juta kronor (lebih daripada RM5.1 juta) dan pasar dalam talian CDON sebanyak 300,000 kronor (~RM128,771).

Sementara rangkaian kedai runcit Coop dan akhbar Dagens Industri telah mengambil lebih banyak langkah untuk melindungi data yang dipindahkan dan tidak didenda IMY.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • 55% Pengguna Malaysia Tak Jadi 'Check Out' Sebab Kaedah Pembayaran - Laporan
  • Malaysia Belum Ke Arah Gubal Undang-Undang Untuk Syarikat Media Sosial - Fahmi

Sumber: Economics Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY