Panduan Jenis-jenis Basikal Terbaik Untuk Peminat Basikal

Sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan beberapa bulan yang lalu, kita dapat melihat ramai individu mula menceburkan diri dalam aktiviti berbasikal tidak kira muda atau tua, lelaki mahupun perempuan. Namun, proses memilih basikal terbaik untuk memenuhi keperluan boleh menjadi tugas yang sukar.

panduan jenis-jenis basikal terbaik

Sama ada anda hanya mahu berulang-alik, cergas atau hanya menjelajahi kawasan luar bandar, basikal adalah alat yang sesuai untuk melakukannya. Tetapi terdapat banyak basikal yang ada di pasaran menjadikan anda keliru untuk membuat pilihan.

Pertama sekali, anda perlu pastikan apakah tujuan anda mahukan sebuah basikal. Adakah untuk digunakan sebagai alat komuter sekitar bandar? Atau untuk beriadah sahaja? Dan sekiranya anda membeli basikal untuk ditunggang bersama sekumpulan rakan, anda digalakkan untuk membeli jenis yang serupa dengan yang mereka gunakan supaya penunggangan anda tidak akan ketinggalan.



Oleh itu, jika anda bingung dengan jenis basikal mana yang harus anda beli, artikel ini boleh dijadikan panduan membuat pilihan yang terbaik sesuai dengan keperluan anda.
1. Basikal Jalan Raya

panduan jenis-jenis basikal terbaikBasikal jalan raya direka untuk penunggangan pantas di permukaan jalan atau kaki lima yang rata. Basikal ini mempunyai tayar halus dan licin serta bar hendal "drop" yang sesuai digunakan untuk perlumbaan di jalan raya.

Biasanya basikal ini lebih ringan daripada basikal jenis lain dan boleh ditunggang di atas jalan yang berturap. Sebilangan besar basikal jalan raya tidak mampu menampung muatan berat, jadi tidak begitu sesuai untuk kembara atau perjalanan jauh.
2. Basikal Cyclocross

panduan jenis-jenis basikal terbaikBasikal cyclocross adalah sejenis basikal jalan raya khas yang direka untuk penunggangan di permukaan-permukaan bercampur seperti gabungan turapan, jalan tidak berturap, batu kelikir, atau rumput.

Mempunyai bar hendal "drop" seperti basikal jalan raya biasa, tayar basikal ini lebih lebar dan mempunyai jenis brek yang membantu mencegah penumpukan lumpur pada bingkai. Basikal cyclocross juga dikenali sebagai 'basikal cross' atau singkatannya 'basikal cx'.
3. Basikal Kembara



panduan jenis-jenis basikal terbaikBasikal kembara adalah jenis lain basikal jalan raya. Basikal ini direka untuk ditunggang di permukaan jalan yang berturap, tetapi lebih tahan lama untuk penunggangan jarak jauh. Model ini mempunyai alat pemasangan bolt yang diperlukan untuk rak kargo dan fender.

Reka bentuk bingkai basikal ini lebih santai supaya penunggang akan lebih tegak dan selesa untuk penunggangan jarak jauh yang mengambil masa beberapa hari. Selain itu, basikal ini juga mempunyai jajaran gear yang lebih rendah membolehkan penunggang membawa muatan berat ke atas bukit curam.
4. Basikal Jalan Raya Pengembaraan

panduan jenis-jenis basikal terbaikBasikal jalan raya pengembaraan adalah salah satu kategori basikal terbaru di pasaran. Ada juga yang menggelar basikal ini basikal all-road, basikal any-road, atau basikal batu kelikir. Dalam erti kata lain, basikal ini adalah basikal jalan raya yang paling versatil.

Ia direka dengan bar hendal "drop" dan kemampuan untuk menggunakan tayar yang lebih lebar, sama seperti basikal cyclocross. Bezanya, geometri bingkai basikal ini lebih panjang dan lebih tegak berbanding dengan basikal cyclocross. 
5. Basikal Triathlon/Percubaan Masa

panduan jenis-jenis basikal terbaikBasikal triathlon adalah basikal jalan raya dengan reka bentuk khas yang memaksimumkan sifat aerodinamiknya. Hendalnya juga direka dalam bentuk aerodinamik khas yang membolehkan anda membongkok ke hadapan semasa menunggang bertujuan meminimumkan daya tahan angin terhadap badan anda.

Basikal ini sesuai digunakan untuk triathlon kerana biasanya ia tidak dibenarkan untuk digunakan dalam perlumbaan yang dimulakan secara besar-besaran dan triathlon selalunya dimulakan secara berperingkat di mana setiap pelumba akan bermula sendiri.
6. Basikal Kecergasan

panduan jenis-jenis basikal terbaikBasikal ini mempunyai sebahagian besar kelebihan basikal jalan raya biasa - bingkai ringan dan tayar yang agak kecil untuk kecekapan di jalan berturap - dengan hendal rata atau tegak. Basikal kecergasan direka untuk orang yang mahukan basikal berprestrasi tinggi, tetapi tidak menyukai hendal "drop" seperti basikal lain.

Basikal ini juga digelar basikal jalan raya flat-bar atau basikal prestasi hybrid. Jika anda ingin menggunakan basikal ini di jalan yang tidak rata, anda boleh menggantikan tayar basikal ini kepada yang lebih lebar. Rak kargo dan fender juga boleh dipasang pada basikal ini sekaligus menjadikannya basikal komuter yang baik.
7. Basikal Trek/Gear Tetap

panduan jenis-jenis basikal terbaikBasikal trek atau fixie direka untuk ditunggang di velodrom, iaitu trek berbentuk bujur khas untuk perlumbaan basikal. Sesetengah pengguna lebih menyukai model basikal ini kerana reka bentuknya yang sederhana dan senang dijaga.

Basikal trek memiliki gear tunggal yang tidak membolehkannya untuk meluncur, jadi jika basikal bergerak, kaki anda juga mesti mengayuh. Untuk lebih kesederhanaan, ada penunggang lebih memilih untuk tidak mempunyai brek kerana mekanisme gear tetap juga dapat berfungsi sebagai brek. Anda juga boleh memilih untuk mempunyai hendal "drop" atau hendal rata atau tegak.
8. Basikal Gunung

panduan jenis-jenis basikal terbaikReka bentuk basikal gunung sesuai ditunggang di atas permukaan jalan yang kasar. Mempunyai hendal rata atau tegak, basikal ini juga mempunyai gear rendah untuk mengayuh di laluan curam. Sebilangan besar basikal gunung mempunyai beberapa jenis penyerap kejutan atau suspension.

Basikal gunung yang hanya mempunyai suspension depan dipanggil hardtail, basikal gunung yang mempunyai suspension depan dan belakang dipanggil full-suspension atau duallies manakala basikal gunung tanpa suspension dipanggil rigid. Walaupun basikal ini tidak seringan basikal lain, ia juga boleh digunakan sebagai basikal komuter atau kembara.
9. Basikal Hybrid

panduan jenis-jenis basikal terbaik

Basikal hybrid pada asalnya direka untuk memberikan kelebihan kedua-dua basikal jalan raya serta basikal gunung. Tempat duduk yang besar dan empuk memberikan kedudukan menunggang yang selesa untuk menunggang di sekitar kawasan perumahan atau perjalanan jarak jauh. Basikal ini juga boleh ditunggang di atas jalan berturap tetapi tidak sepantas atau secekap basikal jalan raya dan tidak sesuai digunakan di permukaan jalan yang kasar.
10. Basikal Lipat

panduan jenis-jenis basikal terbaikYa, serupa dengan namanya, basikal ini boleh dilipat dan sangat sesuai jika anda pergi bercuti menaiki kapal atau kapal terbang dan ingin membawa basikal bersama-sama dengan anda. Ia juga sesuai bagi mereka yang tinggal di rumah yang kecil dan tidak mempunyai banyak ruang simpanan.

Kebanyakan basikal lipat mempunyai roda yang lebih kecil, menjadikannya kurang cekap dan lebih sukar dikendalikan berbanding basikal biasa. Walaupun begitu, ada juga peminat basikal ini yang merasakan ia mempunyai lebih banyak kelebihan daripada kekurangan.

Sumber: Century Cycles