Kenapa naik bas kalau teksi terbang ada...
Dilaporkan syarikat Airbus, Aeroports de Paris dan pihak berkuasa pengangkutan Paris sedang bekerjasama menyediakan pengangkutan alternatif kepada para pengunjung ke bandar itu yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024 nanti.
Pengangkutan alternatif yang dimaksudkan di sini bukanlah bas tambahan atau keretapi bawah tanah, sebaliknya adalah teksi terbang.
Ia adalah salah satu penyelesaian yang cuba diterokai mereka bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang bakal dihadapi pengunjung untuk ke lokasi pertandingan yang akan diadakan.
Pada awal Mac lalu, syarikat pengeluar kapal terbang terkemuka, Airbus telah pun memperkenalkan CityAirbus kepada umum di German. Ia merupakan konsep urban bagi pengangkutan udara yang telah diuji lebih daripada 100 ulang ujian penerbangan.
Kenderaan terbang itu dikatakatan mampu memuatkan sehingga 4 penumpang, terbang pada kelajuan maksimum sehingga 120km/jam yang dijana menerusi 8 kipas dari 8 motor elektrik berkuasa 100 kW setiap satu serta mampu terbang selama 15 minit.
Sungguhpun begitu, menurut pihak berkuasa Paris, masih banyak perkara yang perlu dilihat bagi memastikan teksi terbang yang akan mereka gunakan itu benar-benar selamat bagi membawa penumpang pada temasya sukan terbesar di dunia yang akan dihoskan mereka itu nanti.
Sukan Olimpik Paris atau nama rasminya Games of the XXXIII Olympiad (French: Jeux de la XXXIIIe Olympiade) bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 nanti.
Sumber: Engadget
Berkaitan
- PDRM Memberikan Sedikit Pencerahan Berkenaan Pembelian 16 Dron Berharga RM48 Juta
- Kerajaan Amerika Mengatakan Dron Dari China Mungkin Boleh Mengakses Data Pengguna
- Buat Pertama Kalinya Airbus Menggunakan Minyak Masak Bagi Menerbangkan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia
- Kerajaan Harus Berwaspada Terhadap Dron Yang Diterima Secara Percuma Dari A.S
- PDRM Bakal Terima 16 Buah Dron Berkuasa Tinggi Berharga RM48 Juta
- Super Dron Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan Bakal Diperkenalkan Di Malaysia
- Dron Digunakan Bagi Memantau SOP Di Bazar Ramadan Dan Aidilfitri
- Di China, Set Tempahan KFC Dihantar Dengan Menggunakan Dron
- Polis Sepanyol Akan Menggunakan Sistem Anti Dron Pada Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara 2019
- UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia