Supreme Buat Pertama Kali Mengeluarkan Gincu, Kolaborasi Bersama Pat McGrath

supreme pat mcgrath

Jenama gergasi streetwear, Supreme terkenal dengan kolaborasinya dengan pelbagai jenama besar dunia seperti Louis Vuitton, Nike, dan banyak lagi. Kali ini, buat pertama kali, Supreme telah bekerjasama dengan jenama kosmetik antarabangsa, Pat McGrath, untuk mengeluarkan sebuah gincu secara eksklusif.

https://www.instagram.com/p/CD_VH7xJ_v9/

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan julung kalinya Supreme melancarkan produk kosmetik. Boleh dikatakan berita ini tidaklah aneh kerana sebelum ini jenama tersebut sudahpun mengeluarkan barangan di 'luar kotak' seperti kolaborasi dengan biskut Oreo baru-baru ini.

Kapsyen: Pat McGrath


Pat McGrath ialah seorang jurumekap British yang pernah bekerja dengan nama-nama hebat termasuk Alexander McQueen dan juga Edward Enninful. Semua itu adalah sebelum beliau melancarkan jenama sendiri, 'Pat McGrath Labs' pada tahun 2015.

Sejak dari itu, label tersebut sudah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai US$1 bilion (~RM4.1 bilion), sekaligus menjadi salah satu nama paling berpengaruh dalam industri kecantikan. Kolaborasi antara dua jenama ini bukan sahaja relevan kepada Supreme, malah kepada budaya streetwear juga.

https://www.instagram.com/p/CD_UqkSJqMf/

Pastinya, gincu ini akan terjual dalam masa beberapa saat sahaja, sama seperti keluaran barangan Supreme yang lain sebelum ini.

Diinspirasikan oleh warna merah Supreme, pembungkusan gincu ini direka dengan reka bentuk Pat McGrath Labs, digabungkan dengan logo jenama streetwear itu sendiri. Gincu itu juga berwarna merah yang sama, lengkap menampilkan identiti kedua jenama tersebut.

supreme pat mcgrath

Gincu Pat McGrath x Supreme akan dilancarkan secara dalam talian dan juga di butik terpilih pada 20 Ogos.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat video-video di laman rasmi Instagram Pat McGrath di atas. Semoga berjaya kepada yang ingin mendapatkan gincu keluaran kolaborasi hebat ini!

Sumber: Vogue & New York Post

Baca seterusnya: Vault by Vans x WTAPS – Koleksi Terbaru Kolaborasi Vans Dan WTAPS, Dilancarkan Pada 22 Ogos