Vault by Vans x WTAPS - Koleksi Terbaru Kolaborasi Vans Dan WTAPS, Dilancarkan Pada 22 Ogos

Kerjasama antara Vans dan WTAPS boleh dikatakan salah satu kemuncak dalam dunia streetwear setiap tahun. Untuk tahun ini, bersempena dengan ulang tahun ke-14, koleksi Vault by Vans x WTAPS yang bertemakan "Still in Love with Waffles" pula dilancarkan.

Kedua jenama hebat ini telah bekerjasama sejak projek Vans Syndicate pada tahun 2005. Kolaborasi hebat ini telah berulang kali membawa reka bentuk baru yang ikonik dan menarik.

vans x wtaps Kapsyen: Tetsu Nishiyama, Pengasas WTAPS


WTAPS adalah jenama Jepun yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Tetsu Nishiyama. Tetsu mendapatkan inspirasi rekaan barangannya dari pakaian ketenteraan kerana kepraktisan, proses pengeluaran, jahitan, dan perincian materialnya.

Dalam log rasmi, Tetsu menerangkan tonggak penting sejak kerjasama antara WTAPS dan Vans. Beliau juga menyebut bahawa fokus bersama telah dipindahkan ke "Vault by Vans" selepas tahun 2013. Kemudian akhirnya, Tetsu mengungkapkan wajah sebenar kasut kolaborasi yang direka oleh kedua-dua pihak selepas tahun 2018.



Kali ini, dua model "OG Old School" dan "OG Slip-On" digunakan sebagai rekaan asas, dengan warna tona hitam, oren, dan putih. Di sekitar bahagian tengah kasut dilengkapi dengan logo WTAPS serta simbol identiti WTVUA disulam di bahagian tumit.



Tambahan lagi, video pratonton rasmi juga menampilkan pakaian hasil kolaborasi mereka. Inti reka bentuknya berlandaskan tema "Waffle Lovers Club", yang dapat digambarkan sebagai kolaborasi yang penuh dengan perasaan dan nilai sentimental.

https://www.instagram.com/tv/CD54xtABzge/

Koleksi kasut Vault by Vans x WTAPS pertama akan tersedia di lokasi Vault by Vans terpilih pada 22 Ogos 2020. Rekaan dan barangan yang lain akan dilancarkan pada akhir musim ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Vans.

Sumber: Siaran Akhbar Vans & WTAPS

Baca seterusnya: Vans U-Color Collection – Ekspresikan Gaya Kreativiti Anda