Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Superkomputer Buatan China Dipacu 40 Ribu Pemproses ARM Kini Terpantas Di Dunia

Superkomputer Buatan China Dipacu 40 Ribu Pemproses ARM Kini Terpantas Di Dunia

Diterbitkan Jun 30, 2026 · Dikemas kini Julai 3, 2026 oleh ariff bukhari

China mencatat sejarah dalam pembangunan teknologi perkomputeran berprestasi tinggi apabila memperkenalkan LineShine, superkomputer baharu yang kini melonjakkan negara itu di tangga teratas senarai TOP500 dunia.

Terletak di Pusat Superkomputer Nasional Shenzhen, China, LineShine mengatasi sistem superkomputer Amerika Syarikat, El Capitan, dengan kelajuan luar biasa iaitu 2,198 Exaflop/s.

Keunikan LineShine terletak pada reka bentuknya yang tidak bergantung kepada GPU, sebaliknya sistem dengan 20,480 komputer ini dilengkapi 2 pemproses ARM LX2  304C 1.55GHz, menjadikan ia dipacu oleh 40,960 cip pemprosesan dengan lebih 13  juta teras keseluruhannya, disokong oleh rangkaian berkelajuan tinggi LingQi dan menjalankan sistem operasi Kylin OS.

Namun, disebalik prestasinya yang mengagumkan itu, ia menelan tenaga sebanyak 42.2 megawatt, jauh lebih tinggi berbanding El Capitan yang hanya menggunakan 29.7 megawatt.

Superkomputer Buatan China Dipacu 40 Ribu Pemproses ARM Kini Terpantas Di Dunia
5 Superkomputer paling berkuasa di dunia setakat Jun 2026.

Pencapaian ini bukan sahaja menandakan kemajuan teknologi, tetapi juga mesej geopolitik bahawa China mampu mengatasi sekatan perdagangan Amerika dengan membina sistem berasaskan CPU tempatan.

Berkaitan

  • Superkomputer AI Terkecil Di Dunia Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Dari RM18,359
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Asus Lancar Superkomputer AI Berharga ~RM470 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY