Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya

RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya

Diterbitkan Oktober 20, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 20, 2026 oleh ariff bukhari

Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) mencatatkan sejarah baharu dalam industri pengangkutan negara dengan melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk operasi di jalan raya awam.

Pencapaian ini menjadikan ALS syarikat tempatan pertama yang mengendalikan kenderaan tanpa pemandu sepenuhnya di jalan raya awam Malaysia dengan nombor pendaftaran yang sah..

Nombor pendaftaran yang sah membolehkan RoboVan beralih daripada ujian terkawal kepada pengujian yang diluluskan di jalan raya awam.

Pelancaran rasmi yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook sempena Transport Expo Asia (TXA) 2026 ini menyaksikan RoboVan berkenaan memulakan ujian jalan raya awam selama enam bulan.

Percubaan tersebut akan dijalankan di laluan ujian Malaysia Autonomous Vehicle (MyAV) sepanjang 22 kilometer di Cyberjaya yang merangkumi pelbagai keadaan trafik sebenar.

WhatsApp Image 2026-07-31 at 10.15.31
Pelancaran itu menyusuli beberapa bulan ujian berperingkat yang dilaksanakan ALS, bermula dengan percubaan di kawasan persendirian bersama Pos Malaysia pada Januari 2026,

Direka khusus untuk pengangkutan kargo dan logistik, RoboVan beroperasi tanpa pemandu atau penumpang di dalamnya.

Sebaliknya, ia dipantau secara jarak jauh menerusi Pusat Operasi Jarak Jauh (ROC) di Cyberjaya dengan sokongan teknologi Zelostech.

Pengarah Urusan ALS, Alan Chong, menegaskan pelancaran ini membuktikan keupayaan syarikat tempatan serta membina asas kukuh bagi masa depan logistik autonomi di Malaysia dan rantau ini.

Berkaitan

  • Pusat Data Ke-4 Vantage Di Cyberjaya Hampir Sifar Penggunaan Air
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Cyberjaya Jadi Lokasi Pusat Operasi Jarak Jauh Kenderaan Autonomi Pertama Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY