Sunway Medical Centre Ada Sistem Pembedahan Robotik Baharu, Kurang Rasa Sakit Lepas Bedah

Pusat Perubatan SunwayBandar Sunway telah meletakkan kedudukkannya lebih ke hadapan dengan kejayaan mereka menjalankan pembedahan robotik.

{suggest}

Hospital ini telah berjaya menjalankan pembedahan robotik dalam bidang ortopedik, ginekologi, urologi dan pembedahan am

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway hanya menggunakan Sistem Pembedahan Da Vinci Si sejak tahun 2016.

Kini, mereka menggunakan Sistem Pembedahan Da Vinci Xi yang merupakan sistem robot pembedahan pertama di Malaysia sejak pelancarannya pada Januari 2022

Sambutan ini diadakan di Pusat Konvensyen SunMed dan dihadiri oleh ramai tetamu yang penting. Antaranya adalah Dr Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway.


Sepanjang berlangsungnya majlis ini, tetamu berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada Dr Tan Ee Ping, Perunding Pakar Sakit Puan Pusat Perubatan Sunway. 

Perkongsian yang bermakna ini merangkumi pengalaman mengendalikan da Vinci Xi. Terdapat perkongsian lain di mana peningkatan bilangan teknologi pembedahan robotik di hospital akan memberi impak yang positif kepada pesakit dan pakar bedah. 

Majlis ini kemudiannya diakhiri dengan demonstrasi sistem pembedahan pergerakan tangan pakar bedah yang membolehkan pemotongan yang tepat dan kawalan yang dipertingkatkan.

Selain itu, Pusat Perubatan Sunway juga menggunakan sistem pembedahan robotik yang lain seperti Mako SmartRobotics dan Sistem Lutut ROSA. Sistem ini digunakan untuk pembedahan penggantian lutut dan pinggul.

Dengan adanya sistem robotik ini, pesakit akan kurang berasa sakit selepas pembedahan. Dengan itu, waktu tinggal di hospital akan berkurang, proses penyembuhan akan dipercepatkan dan ketahanan lebih panjang.

Sumber: Siaran Akhbar Sunway

Berkaitan