Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suhu Permukaan Lautan Malaysia Sedang Meningkat Drastik

Suhu Permukaan Lautan Malaysia Sedang Meningkat Drastik

Diterbitkan Mac 25, 2026 oleh ariff bukhari

Perubahan iklim semakin memberi kesan besar terhadap perairan Malaysia.

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melaporkan, lautan Malaysia kini sedang mengalami peningkatan suhu permukaan yang ketara akibat kesan perubahan iklim yang melibatkan peralihan kimia dan pemanasan air laut.

NAHRIM berkata, suhu permukaan laut dilaporkan meningkat dengan ketara di semua kawasan, sekali gus mengancam sektor perikanan, pelancongan dan ekosistem terumbu karang.

Ppeningkatan keasidan laut akibat penurunan tahap pH turut melemahkan struktur serta cengkerang hidupan marin seperti moluska dan terumbu karang.

Fenomena pelunturan karang juga berlaku dengan semakin meluas apabila suhu tinggi melemahkan daya tahan ekosistem marin.

Masalah lain termasuk penurunan oksigen terlarut berpotensi mewujudkan “zon mati” di mana hidupan marin tidak dapat bertahan.

Lebih membimbangkan, perubahan tahap klorofil dan nutrien nitrat mengancam populasi fitoplankton yang menjadi asas rantaian makanan laut.

Unjuran NAHRIM menunjukkan suhu permukaan laut dan nitrat akan terus meningkat, manakala pH serta oksigen terlarut dijangka menurun.

Keadaan ini menuntut tindakan segera bagi melindungi ekosistem marin demi kelestarian sumber makanan dan kesejahteraan masyarakat pesisir.

Suhu Permukaan Lautan Malaysia Sedang Meningkat Drastik

Berkaitan

  • PBB Isytihar Dunia Sedang Dalam Keadaan ‘Bankrap Air’ 
  • Malaysia Sedang Hadapi Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Ke Musim Kering
  • Gaji Pakar Teknologi Di Malaysia Kini Lebih Tinggi Berbanding Di Jepun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY