Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
x 14 x 15

Sudah Boleh Pra-Tempah HONOR Siri MagicBook X 14 Dan X 15 Pada Harga Bermula RM2299

Diterbitkan Jun 15, 2021 · Dikemas kini Jun 15, 2021 oleh Wiser MY

Awal Mei lalu HONOR telah melancarkan dua produk baharu iaitu penjejak kesihatan dan komputer riba MagicBook 15.

Terkini, HONOR memperkenalkan siri baru komputer riba MagicBook – MagicBook X 14 dan X 15 – dengan rekaan aluminium dan yang bezel nipis.

Baca juga – HONOR Malaysia Perkenal Dua Peranti, Pra-Tempah Sudah Bermula Hari Ini

Sudah Boleh Pra-Tempah HONOR Siri MagicBook X 14 Dan X 15 Pada Harga Bermula RM2299

Siri MagicBook X ini hadir dengan paparan IPS beresolusi 1080p berukuran 14-inci untuk X 14 dan 15.6-inci untuk X 15. Skrinnya juga diiktiraf TUV Rheinland kerana bebas kerlipan dan menghasilkan tahap cahaya biru rendah.

Untuk spesifikasi dalaman, kedua-dua komputer riba ini menawarkan cip Intel generasi ke-10 dengan pilihan Core i5 dan Core i3. Manakala bahagian memori didatangkan dengan RAM 8GB/16GB dan 256GB/512GB PCIe NVMe SSD.

Disamping itu, siri ini dimuatkan dengan bateri 56Wh dan menyokong pengecasan pantas 65W menggunakan sambungan USB-C.

Bagi pasaran Malaysia, kedua-duanya sudah diumumkan bakal hadir pada dijual pada 19 Jun 2021. Namun begitu, pra-tempahannya sudahpun dimulakan sejak Jumaat lepas dan akan berakhir pada 18 Jun 2021.

Sudah Boleh Pra-Tempah HONOR Siri MagicBook X 14 Dan X 15 Pada Harga Bermula RM2299

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2299 dan RM2899, berbeza mengikut cip pemproesan yang disebutkan diatas.

Maklumat lanjut tentang pembelian boleh dirujuk di laman Facebook Rasmi HONOR Malaysia.

Baca juga – Honor 50 Diperlihat, Rekaan Kamera Seakan Huawei P50

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY