Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembangun WannaCry Dan Penggodam Sony Dikenakan Tindakan Oleh A.S

Stesen Janakuasa Nuklear India Sah Digodam Oleh Grup Penggodam Dari Korea Utara

Diterbitkan Oktober 31, 2019 · Dikemas kini Oktober 31, 2019 oleh ariff bukhari

Grup Lazarus didapati bertanggungjawab terhadap penggodaman tersebut.

Pihak pengendali stesen janakuasa India, Nuclear Power Corporation of India Limited (NPCIL) telah mengesahkan bahawa rangkaian stesen janakuasa nuklear Kudankulam (KKNPP) telah digodam oleh penggodam dari  grup Lazarus yang berasal dari Kore Utara.

Ia disahkan menerusi  kenyataan media oleh pihak NPCIL.

“Identification of malware in NPCIL system is correct. The matter was conveyed by CERT-In [India’s national computer emergency response team] when it was noticed by them on September 4, 2019.” NPCIL.

Kenyataan tersebut dikeluarkan tidak lama selepas mereka menafikan berlakunya isu penggodaman pada sistem stesen janakuasa tersebut.

Isu penggodaman ini berlaku apabila sisasatan pihak mereka mendapati salah sebuah komputer yang digunakan dalam rangkaian sistem setesen janakuasa tersebut telah disambungkan pada sambungan internet.

Akibatnya, komputer tersebut telah dijangkiti oleh perisian hasad yang dikenali sebagai DTrack yang dibangunkan oleh grup Lazarus dari Korea Utara.

Walaubagaimanapun, pihak NPCIL menegaskan penggodaman tidak melibatkan struktur rangkaian utama mereka.

“The investigation revealed that the infected PC belonged to a user who was connected to the Internet connected network used for administrative purposes. This is isolated from the critical internal network. The networks are being continuously monitored.”

Grup Lazarus memang tidak asing lagi dalam aktiviti jenayah siber di mana mereka juga sebelum ini adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap penggodaman ke atas SONY dan pembangunan perisian hasad WannaCry.

Sumber: ArsTechnica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY