Steam Kena Sekat- Peminat Garu Kepala

Jika anda seorang gamer yang selalu membeli dan bermain menggunakan pelayan Steam, ketahuilah yang pelayan mereka sudah ditutup akses kepada Malaysia. Ini terjadi baru sebentar tadi dan akses melalui komputer dan peranti telefon pintar sudah tidak dapat dihubungkan.



Tidak diketahui dengan jelas mengapa hal ini terjadi namun tanggapan kami mungkin ada kena mengena dengan permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menarik akses permainan Fight of Gods yang dikatakan menganggu sensitiviti agama di Malaysia ini.

Setakat ini tidak diketahui berapa lama akses ini akan berlanjutan tetapi apa yang pasti, ini akan memberikan impak kepada sesiapa yang ingin membeli permainan baru di Steam dan kepada sesiapa yang ingin bermain permainan seperti Dota 2 dan CS:GO anda boleh mengakses permainan sedia ada seperti biasa.

Sumber