Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam Deck Kini Menjalankan Sistem Operasi Windows

Steam Deck Kini Menjalankan Sistem Operasi Windows

Diterbitkan Mac 14, 2022 oleh Anis Maisarah

Steam Deck telah mengumumkan secara rasmi bahawa konsol mudah alih tersebut menyokong sistem operasi Windows dan mempunyai keupayaan dual-boot. Steam Deck telah mengeluarkan pemacu Windows untuk Steam Deck jika anda ingin menjalankan OS tersebut. Pemacu GPU, Wi-Fi dan Bluetooth juga telah dikemaskini oleh syarikat Valve.

Bagaimanapun, hanya Windows 10 sahaja yang menyokong dalam penggunaan konsol Steam Deck. Bagi Windows 11 pula, ia memerlukan BIOS baharu yang masih sedang diteliti oleh syarikat untuk digunakan.

Selain itu, pengguna boleh menggunakan audio Bluetooth atau USB-C dengan Windows pada Steam Deck sementara mereka meneliti pemacu audio yang bersesuaian dengan kerjasama AMD dan pihak lain.

Syarikat Valve memberi langkah untuk mengembalikan Deck kepada Linux-based SteamOS jika anda tersekat ketika menggunakan Windows pada peranti. Mereka juga telah mengingatkan pengguna bahawa hanya pemacu yang sedia ada yang ditawarkan. Di samping itu, mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak menawarkan sokongan ‘Windows on Deck’.

Pada pertengahan tahun lalu, Valve telah memperkenal Steam Deck yang sepatutnya mula dijual pada bulan Disember 2021. Tetapi kerana masalah kekurangan cip dan rantaian bekalan, pelancaran rasmi konsol tersebut terpaksa ditunda sehingga 25 Februari 2022.

Sumber : Steam

Baca juga :

  • Valve Menamatkan Sokongan Steam Terhadap Pengguna Ubuntu
  • Valve Akan Melancarkan Platfom Seperti Steam Di China Yang DiPanggil Sebagai “Zhengqi Pingtai”
  • Steam, Spotify dan Netflix Antara Yang Akan Dikenakan Cukai Perkhidmatan Bermula Tahun 2020

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY