Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cukai 6% Dicadang Untuk Dikenakan Terhadap Penyedia Perkhidmatan Digital Asing Bermula 1 Januari Depan

Valve Menamatkan Sokongan Steam Terhadap Pengguna Ubuntu

Diterbitkan Jun 23, 2019 · Dikemas kini Jun 23, 2019 oleh ariff bukhari

Ini kerana Ubuntu 19.10 tidak lagi menyokong komponen 32 bit di dalam sistem operasinya.

Valve pembangun platfom Steam telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan terhadap sistem operasi Ubuntu apabila versi 19.10 Ubuntu dilepaskan.

Malah versi-versi Ubuntu seterusnya juga tidak lagi akan disokong oleh Steam kerana Ubuntu pada masa akan datang tidak lagi menyokong komponen 32 bit x86.

Ia diumumkan oleh pihak Valve menerusi laman Twitter Pierre-Loup Griffais.

Ubuntu 19.10 and future releases will not be officially supported by Steam or recommended to our users. We will evaluate ways to minimize breakage for existing users, but will also switch our focus to a different distribution, currently TBD.

— Pierre-Loup Griffais (@Plagman2) June 22, 2019

Ini sekaligus menyebabkan para pemain permainan komputer yang menggunakan platfom Ubuntu berdepan kesukaran. Walaubagaimanapun, Valve memaklumkan mereka akan cuba meminimakan kesukaran yang dihadapi oleh pengguna Ubuntu dengan cuba mencari penyelesaian alternatif pada masa akan datang.

Tanpa komponen 32 bit di dalam sistem komputer Ubuntu, permainan daripada paltfom Steam tidak dapat dimainkan dengan sempurna, atau langsung tidak boleh dimainkan.

Pada Januari lalu, laman PC Gamer melaporkan bahawa dianggarkan sebanyak 30 ribu permainan terdapat di dalam platfom Steam. Walaubagaimanapun, jumlah pengguna Steam di platfom Ubuntu pula tidak berubah dengan ketara di mana hanya sebanyak 2% sahaja pasaran permainan komputer digunakan di platfom Ubuntu sejak tahun 2013.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY