Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
roket china

Status Terkini Berkaitan Sisa Serpihan Roket China Yang Ditemui Di Sarawak

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh ariff bukhari

Hasil siasatan yang dijalankan oleh pasukan siasatan yang digerakkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke atas sisa serpihan yang disyaki sisa serpihan dari roket negara China mendapati, objek pertama yang disyaki bersaiz sekitar 5 inci berkenaan tidak mengeluarkan sebarang radiasi dan tiada unsur radioaktif dikesan pada objek tersebut.

Manakala, ukuran dan hasil siasatan awal terhadap objek kedua yang disyaki di Batu Niah, Miri, turut menunjukkan hasil yang sama iaitu objek disyaki tiada mengeluarkan sebarang radiasi dan tiada unsur radioaktif dikesan.

Kedua-dua objek disyaki adalah selamat untuk dilaksanakan siasatan dan analisis seterusnya.

Siasatan awal oleh Bahagian Penguasa Angkasa, MOSTI, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) pada 1 Ogos 2022 itu turut mendapat kerjasama pihak berkuasa tempatan iaitu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia daerah Bintulu.

Pasukan penyiasat menumpukan kepada 2 lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah, Miri, Sarawak.

MOSTI juga memaklumkan, pihak mereka melalui MYSA dengan Jabatan Kimia Malaysia akan menjalankan siasatan terperinci ke atas kedua-dua objek tersebut bagi menentusahkan sama ada objek itu adalah dari serpihan roket Long March 5B milik kerajaan China ataupun tidak.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY