Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spesis Baru Udang Sepit Biru Ditemui Dalam Akuarium

Spesis Baru Udang Sepit Biru Ditemui Dalam Akuarium

Diterbitkan Ogos 16, 2023 · Dikemas kini Ogos 16, 2023 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik di Czechia memperoleh beberapa udang krai air tawar daripada peniaga haiwan peliharaan yang pakar dalam haiwan akuatik hiasan.

Udang air tawar adalah haiwan hiasan yang popular dalam perdagangan haiwan peliharaan.

Beberapa spesies berbeza semuanya dijual di bawah nama biasa iaitu “blue moon crayfish.” Spesies ini dikumpul di Indonesia, kemudian dieksport ke Eropah, Amerika Utara dan Jepun untuk hiasan akuarium.

Dalam tempoh lapan tahun penyelidikan, penyelidik menemui sebanyak 5 udang krai biru yang berbeza, malah turut menemui spesies baharu yang dikenali sebagai Cherax woworae, atau udang krai biru keluli yang ditemui banyak dalam akuarium di seluruh dunia.

Spesis Baru Udang Sepit Biru Ditemui Dalam Akuarium
Cherax woworae.

Nama itu diberikan bersempena dengan nama Daisy Wowor, seorang saintis dan kurator krustasea di Muzium Zoologicum Bogoriense di Jawa, Indonesia.

Penyelidik berkata, Udang biru keluli itu bersaiz sederhana dengan mencapai kira-kira 2 inci panjang dan hanya di bawah satu inci lebar. Ia mempunyai dua kuku bersaiz sama dan pelbagai warna. Badannya pula mempunyai warna biru keluli dengan sisi bermarmar.

Spesies baharu udang krai itu dikenal pasti berdasarkan warna dan bentuk badannya.

Menurut penyelidik, analisis DNA mendapati spesies itu mempunyai perbezaan genetik antara 5.6% dan 13.8% daripada udang karang air tawar yang lain.

Penyelidik mengesyorkan kajian lapangan dibuat bagi menentukan status penuh spesies udang baru itu.

Berkaitan

  • Saintis Jepun Dedah Warna Baju Yang Paling Banyak Serap Haba
  • Xiaomi Lancar Mix Fold 3 - Mampu Bertahan Sehingga 500,000 Lipatan
  • Black Shark Lancar Jam Tangan Pintar, Ada IP68 Pada Harga Bermula RM149

Sumber: Miami Herald, Zootaxa

Imej utama sekadar hiasan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY