Jika anda perhatikan, semakin lama siri S dan siri Note semakin tidak jauh berbeza antara satu sama lain disebabkan spesifikasi hampir sama.
Ini membawa kepada jangkaan bahawa Samsung suatu hari nanti bakal melupuskan siri Note disebabkan tiada keperluan untuk menghasilkan siri telefon yang hanya mempunyai ciri utama S-Pen sahaja.
Ditambah pula dengan sokongan laporan bahawa Samsung membawa sokongan S-Pen ke siri Z Fold.
Hari ini, Ice Universe memuat naik ciapan bahawa Samsung Galaxy S21 Ultra bakal menyokong S-Pen.
https://twitter.com/UniverseIce/status/1326802372920705024
Kenyataan beliau adalah seiring dengan laporan-laporan sebelum ini yang turut mengatakan siri Note akan tidak lagi eksklusif dengan S-Pen.
Jadi, kita boleh menjangkakan pada tahun hadapan siri Note berkemungkinan tidak akan dikeluarkan. Tambahan lagi, Samsung kini giat membangunkan teknologi telefon lipat dengan skrin lebih baik.
Jika skrin pada telefon lipat seperti Z Fold dan Flip sudah menyokong S-Pen, rasanya siri Note seperti sudah tidak relevan untuk dihasilkan.
Mengenai Galaxy S21, telefon tersebut akan dilancarkan seawal Januari tahun hadapan. Pelancarannya adalah sedikit awal jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu pada bulan Februari dan Mac.
Sumber: Ice Universe
Berkaitan
- Android 11 Beta Akan Diumumkan 3 Jun Ini, Versi Akhir Rasmi Suku Ketiga Kelak
- Belanjawan 2021: RM27 Juta Diperuntukkan Untuk CyberSecurity Malaysia Bagi Peningkatan Kawalan Keselamatan Siber Negara
- Dimensity 1000 Diumumkan - Cip 5G Pertama MediaTek, Teras Cortex-A77
- MSI Prestige Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen 11 - Prestige 14 Evo Turut Diperkenalkan
- Mangsa Banjir Boleh Mohon Untuk Tangguh Bayaran Balik PTPTN Mulai Esok
- Senarai Barang Audio Yang Jatuh Harga Sempena Sale 10.10 (Oktober 2020)
- Xiaomi Mi Band 5 Akan Hadir Dengan Pengecasan Magnetik
- Stylus S-Pen Untuk Galaxy S21 Ultra Perlu Dibeli Berasingan, Telefon Tiada Lubang Untuk Menyimpan S-Pen
- The Game Awards 2020: Among Us Permainan Mudah Alih Terbaik Tahun Ini
- Huawei Tampil Dengan Kenyataan Rasmi, Mereka Tidak Berniat Untuk Menjual Mana-Mana Siri Jenama Mereka