Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SpaceX ‘Lumpuhkan’ Lebih 2,500 Peranti Starlink Di Pusat ‘Scam’ Myanmar

SpaceX ‘Lumpuhkan’ Lebih 2,500 Peranti Starlink Di Pusat ‘Scam’ Myanmar

Diterbitkan Oktober 23, 2025 oleh Amalina Athman

SpaceX telah menamatkan perkhidmatan bagi lebih 2,500 peranti Starlink yang digunakan di pusat penipuan di Myanmar, menurut Naib Presiden syarikat itu pada Rabu, selepas laporan AFP mendedahkan peningkatan mendadak penggunaan terminal internet satelit tersebut dalam kegiatan haram itu.

SpaceX complies with local laws in all 150+ markets where @Starlink is licensed to operate. SpaceX continually works to identify violations of our Acceptable Use Policy and applicable law because – as with nearly all consumer electronics and services – the same technology that…

— Lauren Dreyer (@LaurenDreyer) October 22, 2025

Awal bulan ini, siasatan AFP turut menunjukkan lonjakan aktiviti pembinaan di pusat-pusat penipuan di Myanmar, khususnya di kawasan sempadan Myawaddy, walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan itu awal tahun ini.

Banyak pusat penipuan itu dilihat memasang sejumlah besar peranti Starlink di bumbung bangunan mereka selepas Thailand memutuskan sambungan internet dan bekalan elektrik ke kawasan tersebut.

Tentera Myanmar mengumumkan minggu ini serbuan ke KK Park dan merampas 30 terminal Starlink, hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang digunakan di lokasi itu. – AFP

Berkaitan

  • Starlink Mini Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM930
  • 1 Hingga 2 Satelit Starlink Didakwa Jatuh Ke Bumi Setiap Hari
  • Pusat Penipuan Di Myanmar Semakin Maju, Guna Starlink Milik Elon Musk - AFP
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY