Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact - Harga Dan Spesifikasi Tertiris

Antara peranti yang bakal membuat kemunculan pada acara MWC 2018 minggu hadapan adalah Xperia XZ2 dan XZ2 Compact.

Diramal membawa spesifikasi seperti cip pemprosesan Snapdragon 845, memori 4GB/64GB, skrin dengan nisbah 18:9 dilindungi oleh Gorilla Glass 5, serta pengimbas cap jari dibahagian belakang.

Kapsyen: Sony Xperia Z5 Compact (kiri), Sony Xperia XZ2 Compact (kanan). Rekaan akhir mungkin berbeza dari imej yang dipaparkan ini.


Model-model ini juga dikatakan tidak mempunyai bicu audio 3.5mm. Perbezaan ketara ialah dari segi saiz skrin paparan iaitu 5.7 inci untuk XZ2 dan 5 inci untuk XZ2 Compact.

Bagi harga pula, Xperia XZ2 dilapor akan dijual pada harga $987 (~RM3867.86), sementara versi Compact didagangkan pada nilai  $740 (~RM2899.91).

Sumber: Xperia Blog