Ia membawakan skrin berukuran 6 inci Full HD+ dengan panel LCD serta nisbah ikonik panjang mereka iaitu 21:9. Perbezaan kali ini dengan Xperia 10 tahun lepas adalah tetapan kamera belakang.
Jika pada Xperia 10, dwi-kamera belakangnya adalah 13MP+5MP, Xperia 8 Lite pula hadir dengan gabungan 12MP+8MP. 8MP itu merupakan lensa telefoto yang berkemampuan untuk zum optikal 2x.
Untuk kamera swafoto, Sony meletakkan sensornya yang bersaiz 8MP pada bahagian dahi telefon yang sedikit tebal.
Apa yang mengecewakan, Sony masih lagi menggunakan cip kurang kompetitif iaitu Snapdragon 630 - yang diumumkan pada tahun 2017. Bersama-sama itu ia disertakan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB.
Dengan spesifikasi sama seperti Xperia 10, ia turut mengembalikan semula kapasiti bateri kecil 2,870mAh yang dicas melalui USB-C.
Terdapat juga bicu audio 3.5mm dan telefon juga menjalankan perisian Android Pie, bukannya Android 10.
Sony Xperia 8 Lite dijual pada harga JPY 29,800 (~RM1,169) dalam pilihan warna hitam dan putih di Jepun. Tidak diketahui sama ada model ini akan memasuki pasaran luar Jepun atau tidak.
Sumber: Sony Jepun
Berkaitan
- Sony Mahukan Permainan Konsol PS5 Semudah Seperti Membuka Video Netflix
- realme 6i Dijual Di Malaysia Bermula RM699 - Kelas Permulaan Helio G80, USB-C, Dan Bateri 5000mAh
- Siri AMD Ryzen 4000 Diumumkan - APU 7nm Pertama Untuk Platform x86 Dengan 8 Teras Dan 16 Bebenang
- Huawei Nova 7i Terima Harga Rasmi Baharu RM899, Huawei Nova 7 SE Pula Pada RM1,299
- vivo Sahkan X60 Pro+ Akan Gunakan Snapdragon 888 Dan Kemasan Panel Belakang Berbeza
- Harga Samsung Galaxy S22 Ultra Mungkin Mencapai Sehingga RM6399 Di Malaysia - Guna Cip Snapdragon 8 Gen 1
- Sony Umum Projek Dron Airpeak, Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Tahun Hadapan
- Sony Dan Omnivision Syarikat Seterusnya Diberikan Lesen Untuk Berurus Niaga Sensor Kamera Kepada Huawei
- Redmi Note 11S Dengan Kamera 108MP Akan Tiba 9 Februari Nanti
- AMD Umum Kad Grafik Radeon 5600 XT Untuk Melawan Dominasi Gaming 1080p GTX 1060 Nvidia