Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Melancarkan Pembesar Suara Yang Dipakai Di Leher

Sony Melancarkan Pembesar Suara Yang Dipakai Di Leher

Diterbitkan Julai 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Sony hari ini melancarkan SRS-NB10, iaitu sebuah pembesar suara tanpa wayar yang boleh dipakai di leher. Secara tidak langsung, ia ibarat fon telinga digabung bersama pembesar suara serta memudahkan pengguna untuk membuat panggilan persidangan atau mendengar muzik.

Tampil dengan rekaan ringan, ia turut dilengkapi Precise Voice Pickup Technology dimana mikrofonnya membantu untuk mengurangkan bunyi hingar persekitaran ketika digunakan. Pengguna juga mudah untuk mengaktifkan mikrofon tersebut kerana butang mikrofon padanya.

Sony neckband

Selain itu, baterinya mampu bertahan sehingga 20 jam dan dengan pengecasan 10 minit, pengguna boleh dapat satu jam untuk main balik.

Tambahan lagi, pembesar suara ini juga hadir dengan Multipoint Connection, iaitu menyambungnya pada dua peranti serentak. Malah, ia boleh beralih dengan mudah antara dua peranti tersebut tanpa sebarang masalah.

Antara lainnya, sambungan Bluetooth membenarkan ia senang dipadankan pada mana-mana peranti masa kini dan turut mempunyai penarafan IPX4.

Ditawarkan dalam dua pilihan warna – charcoal gray dan white, Sony SRS-NB10 dijual pada harga USD149.99 (~RM623). Buat masa sekarang, ia belum tersedia lagi di Malaysia.

Sumber: Sony

Baca juga – Sony WF-1000XM4 Rasmi, Pra-Tempah Bermula Hari Ini

Baca juga – Sony Berminat Bawa “Game” Eksklusif PlayStation Ke Telefon Pintar

Baca juga – Telefon Dengan RAM 20GB Dan Kamera Bawah Paparan Mungkin Diperkenalkan Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY