Sony Dikatakan Memfailkan Paten Telefon Dengan Skrin Telus Yang Boleh Dilipat

Pasaran telefon pintar mungkin bakal menerima kedatangan satu lagi inovasi baru, telefon pintar dengan skrin paparan yang boleh dilipat.

Antara syarikat terawal yang diramal melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat adalah Samsung dimana khabar angin memberi bayangan kemunculanya dibuat sekitar Mac hadapan. Pengeluar-pengeluar lain juga dilihat mempunyai keinginan terhadap peranti dengan skrin boleh lipat seperti LG danMicrosoft .

Tidak mahu ketinggalan, Sony dikatakan sudah memfailkan paten yang dihantar kepada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada Mei lepas.



Mengutip dari LetsGoDigital, imej paten itu telah diterbitkan pada bulan lalu menunjukkan telefon pintar itu dilengkapi dengan skrin yang mampu dilipat. Bukan itu sahaja, paparannya kelihatan memiliki ciri telus.



Ia seakan-akan peranti dalam filem sains fiksyen yang membolehkan pandangan mata pengguna menembusi skrin paparan. Selain dilipat, skrin itu juga berupaya digulung.

Walaupun hanya paten, ia sedikit sebanyak menunjukkan Sony masih berusaha untuk bersaing dengan syarikat pengeluar lain.

Sumber: LetsGoDigital