Microsoft Dilapor Akan Umum Peranti Boleh Lipat Andromeda Pada Tahun Hadapan

Pembangunan peranti dengan skrin boleh lipat dibawah kod nama "Andromeda" sudah lama dibualkan tetapi tidak banyak informasi dikongsikan oleh Microsoft.

Andromeda disebut-sebut sebagai pengganti kepada Windows Phone dimana ia bakal berfungsi dari sebuah tablet kepada telefon pintar apabila dilipat.

Perkembangan terbaru, buku Beneath a Surface yang dikarang oleh wartawan teknologi, Brad Sams, ada memberi bayangan peranti berkenaan bakal hadir seawal tahun hadapan.

Kapsyen: Kredit: WinCentral


Andromeda digambarkan lebih kepada sebuah  sebuah tablet Surface yang berubah dari tablet kepada telefon pintar. Sistem operasinya juga dikatakan berlainan daripada Windows Phone yang mempunyai sistem operasi telefon pintar khusus.

Buku tersebut turut menyatakan Microsoft sedang membuat perancangan untuk membawakan beberapa produk baru dalam siri Surface Pro dan Xbox. Antaranya adalah konsol Xbox One, laptop Surface yang menggunakan cip AMD, Surface Studio yang direka semula, dan sebuah pembesar suara pintar.

Sumber: BGR