Tetapi kini Sony berdepan pula masalah untuk mendaftarkan hak milik bagi tanda dangang 'PS5' di India.
Ia berikutan tanda dangan 'PS5' telah menjadi milik seorang individu yang bernama Hitesh Aswani dari Delhi, India.
Beliau dilaporkan telah memfailkan pendaftaran tanda dagang 'PS5' pada 29 Oktober 2019 lalu. 3 Bulan sebelum Sony melakukannya.
Setakat ini, pihak Sony memaklumkan mereka tiada sebarang komen untuk diberikan.
“Thank you for bringing this to our attention, however we have no comments at this stage,” Juru cakap bagi pihak Sony India.
Walaubagaimanapun, isu ini dijangka tidak akan merencatkan pelancaran PlayStation 5 di India nanti.
Isu hak tanda dagang seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di India.
Pada tahun lalu, pengeluar telefon pintar dari Taiwan, ASUS terpaksa menamakan model telefon pintar ZenFone 6 kepada ASUS 6z.
Ia berikutan petisyen yang difailkan oleh sebuah syarikat di India bernama Telecare Network yang menyatakan bahawa ASUS telah melanggar hak tanda dagang ZenMobile.
Susulan itu, mahkamah di India telah memihak Telecare Network dan melarang ASUS menggunakan jenama ZenFone di India.
Sumber: The Mako Reactor
Berkaitan
- Lenovo Memperkenalkan Model Terbaru Komputer Riba ThinkBook 14 dan 15
- Penyelidik Berjaya Capai Kelajuan Pindah Data 4.5 Juta Kali Lebih Laju Daripada Jalur Lebar Rumah
- HONOR MagicBook X 15 Secara Rasminya Dilancarkan, Berharga Dari RM2,299.00
- Starlink Tawar Servis Internet Baharu, Harga Bermula ~RM353 Ribu/bulan
- Jangan Sekali-Kali Dedahkan 5 Maklumat Perbankan Ini Kepada Pihak Lain
- ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Baharu Dilancarkan, Dikuasakan Intel Core Ultra
- Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony
- PETRONAS Dan CelcomDigi Berkolaborasi Pacu Tekno-Digital 5G Dan Tenaga Mampan
- (Ulasan) Samsung Galaxy Watch 5 Pro - Bateri Tahan Berhari-Hari, Pakai Terus 'Auto Hensem' Tapi...
- Sony Mendedahkan Logo Rasmi PS5, Sah Akan Dipasarkan Tahun Ini