Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Mahukan Permainan Konsol PS5 Semudah Seperti Membuka Video Netflix

Sony Bukan Pemilik Tanda Dagang ‘PS5’ Di India. Ia Dimiliki Oleh…

Diterbitkan Oktober 7, 2020 oleh ariff bukhari

Sony sudah sedia untuk melancarkan konsol permainan generasi ternaru mereka, PlayStation 5 (PS5) dalam tahun ini.

Tetapi kini Sony berdepan pula masalah untuk mendaftarkan hak milik bagi tanda dangang ‘PS5’ di India.

Ia berikutan tanda dangan ‘PS5’ telah menjadi milik seorang individu yang bernama Hitesh Aswani dari Delhi, India.

Beliau dilaporkan telah memfailkan pendaftaran tanda dagang ‘PS5’ pada 29 Oktober 2019 lalu. 3 Bulan sebelum Sony melakukannya.

Setakat ini, pihak Sony memaklumkan mereka tiada sebarang komen untuk diberikan.

“Thank you for bringing this to our attention, however we have no comments at this stage,” Juru cakap bagi pihak Sony India.

Walaubagaimanapun, isu ini dijangka tidak akan merencatkan pelancaran PlayStation 5 di India nanti.

Isu hak tanda dagang seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di India.

Pada tahun lalu, pengeluar telefon pintar dari Taiwan, ASUS terpaksa menamakan model telefon pintar ZenFone 6 kepada ASUS 6z.

Ia berikutan petisyen yang difailkan oleh sebuah syarikat di India bernama Telecare Network yang menyatakan bahawa ASUS telah melanggar hak tanda dagang ZenMobile.

Susulan itu, mahkamah di India telah memihak Telecare Network dan melarang ASUS menggunakan jenama ZenFone di India.

Sumber: The Mako Reactor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY