Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (92)

Sony A7C Boleh Dipra-Tempah Pada Harga Bermula RM8,399 Di Malaysia

Diterbitkan September 16, 2020 · Dikemas kini September 16, 2020 oleh Meor Hasyim

Semalam Sony telah memperkenalkan sebuah kamera mirrorless full-frame yang sangat kompak iaitu Sony A7C.

Tidak lama selepas itu, Sony Malaysia pula mula mengumumkan harga pasaran kamera berkenaan secara pra-tempahan.

Sony A7C boleh didapati dalam 2 pilihan harga pra-tempah iaitu RM8,399 untuk badan sahaja manakala RM9,899 untuk kit.

Screenshot (92)

Bersama-sama dengan mana-mana pembelian, pembeli akan menerima 1 unit bateri percuma dan juga kad memori SD Tough bersaiz 64GB. Terdapat 2 pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam atapun hitam/perak.

Pra-tempahan Sony A7C ini adalah bermula pada 15 September sehingga 15 Oktober. Penghantaran pula akan bermula pada bulan November.

Kelebihan Sony A7C adalah ia merupakan kamera mirrorless kategori full-frame yang sangat ringan dan kompak. Ia dilengkapi sensor CMOS 24.2MP, penstabilan 5 paksi dalam badan, dan juga kemampuan merakam 4K 30fps.

Sumber: Sony Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY