Sony Alpha 7C Diperkenalkan - Kamera Mirrorless Full-Frame Dalam Reka Bentuk Kompak

Hari ini Sony telah mengumumkan sebuah model baharu dalam barisan mirrorless mereka iaitu Sony Alpha 7C.

Menurut Sony, ia merupakan kamera full frame paling ringan dan paling kecil yang mempunyai lensa boleh tukar buat masa ini.

Sebagai perspekstif, saiz hanya sebesar Sony A6600 dan 20% lebih kecil dan ringan dari Sony A7 III.

Untuk menghasilkan saiz sekecil ini, Sony telah menghasilkan penstabilan 5 paksi dalam badan yang lebih kecil.



Dari segi rekaan, ia masih menggunakan bahan binaan premium dan masih juga dilengkapi ketahanan habuk dan lembap.

Untuk spesifikasi, ia menggunakan sensor CMOS 24.2MP yang sama pada A7 III. Kemudiannya, ia dipadankan dengan Sony BIONZ X, menjadikan tangkapan ISO boleh setinggi 204,800.

Dari segi tangkapan pantas, ia mampu menangkap selaju 10fps dengan kemampuan fokus AF/AE.

Sepertimana A7 III, Sony Aplha 7C dilengkapi dengan sistem Hybrid AF yang menggunakan 693 phase-detect dan 425 contrast-detect titik untuk autofokus. Ia juga turut dilengkapi Eye AF untuk manusia dan juga haiwan.



Kemampuan video pula adalah sehingga 4K 30fps dan kamera turu menyokong sehingga 14 henti julat dinamik dengan S-Log 3/2 dan sokongan HLG/HDR.

Sony Alpha 7C ini dijual dalam pilihan warna hitam dan hitam/perak. Untuk harga pasaran, ia dipasarkan pada harga $1,800 (~RM7,444) untuk badan sahaja dan $2,100 (~RM8,685) untuk kit.

Untuk peminat kamera ini di Malaysia, Sony telah menjadualkan pelancarannya pada malam ini pukul 9 malam. Harga untuk pasaran tempatan kemungkinan diketahui pada ketika ini juga.



Sumber: Sony US

 

Berkaitan