Siri Huawei P50 dilapor akan dilancarkan pada 29 Julai ini yang mana mereka ingin menawarkan varian 4G kerana kekurangan bekalan Kirin 9000 5G.
Terbaru, blogger terkenal DigitalChatStation mendakwa Qualcomm sedang membangunkan sebuah cip Snapdragon 888 4G. Dikatakan juga, Huawei antara yang pertama menggunakannya.
Dalam masa terdekat ini, hanya siri P50 sahaja yang akan dilancarkan. Besar kemungkinan ia bakal dilengkapi cip baharu itu.
Bagi anda yang tertanya-tanya, Huawei boleh menggunakan cip dari Qualcomm tetapi hanya sokongan 4G sahaja, bukan 5G.
Dalam pada itu, Snapdragon 888 Pro (SM8450) seperti yang dilaporkan sebelum ini turut dikatakan hanya menyokong rangkaian 4G. Cip ‘pro’ ini dijangka hadir dengan prestasi yang dipertingkatkan. Mungkin seperti sebelum ini pada Snapdragon 865+.
Pun begitu, berkemungkinan juga Qualcomm akan memperkenalkan dua varian bagi cip terpantas mereka menerusi Snapdragon 888 Pro dan Snapdragon 888+.
Benar atau tidak, sama-sama kita tunggu siri Huawei P50 rasmi nanti kerana kadangkala Qualcomm gemar memperkenalkan cip baharu semasa pelancaran telefon pintar.
Sumber: myfixguide
Baca juga – Qualcomm Dijangka Akan Perkenal Snapdragon 888 Pro
Baca juga – Pra Tempahan HUAWEI Watch 3 Series Dibuka, Percuma Hadiah Bernilai RM828
Baca juga – Xiaomi Atasi BMW Dalam Jenama Paling Bernilai Tahun 2021