Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
qualcomm snapdragon

Snapdragon 732G Akan Dilancarkan Sebagai Pengganti 730G, Hadir Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan Ogos 17, 2020 oleh Meor Hasyim

Melalui laporan terkini, dikatakan Qualcomm akan mengumumkan sebuah cip kelas pertengahan baharu iaitu Snapdragon 732G.

Ia akan bertindak selaku pengganti terus Snapdragon 730G dengan menawarkan sedikit peningkatan dari segi prestasi CPU dan juga kemampuan AI.

Ia menggunakan senibina yang sama seperti 730G dengan 2 teras Cortex-A76 dan 6 teras Cortex-A55. Namun kelajuan 2 teras A76 pada Snapdragon 732G itu sedikit tinggi dengan 2.3GHz berbanding 2.2GHz pada 730G.

Snapdragon 732G
2 Kryo 470 Gold cores 2.3Ghz instead 2.2 and 6 Kryo 470 Sliver cores 1.8GHz
8nm
Adreno 618
Better AI comparability
4G only
Release very soon and a phone with Snapdragon 732G will on sale in Vietnam in September, priced under $300

— yawn (@chunvn8888) August 12, 2020

 

Sementara kelajuan pada 6 teras A55 pula sama sahaja. Laporan menyarankan grafik sama sahaja iaitu Adreno 618 namun disebabkan ia cip “G”, mungkin Qualcomm akan meninggikan sedikit kelajuannya berbanding pada 730G.

Namun begitu, dari aspek lain tidak banyak peningkatan seperti masih cip 8nm dan masih merupakan cip 4G lagi.

Dari segi persaingan, ia kurang kompetitif untuk dibandingkan dengan siri MediaTek Dimensity dengan ketiadaan 5G.

Buat masa ini Qualcomm tidak mengeluarkan apa-apa maklumat rasmi mengenai cip ini. Akan tetapi, laporan ada menyebut peranti pintar dengan cip ini akan hadir pada bulan September kelak dengan harga mampu milik.

Sumber: Chun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY