Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapchat, Facebook, Whatsapp and other phone Apps on iPhone screen

Snapchat Akan Ada Fungsi Baharu

Diterbitkan Oktober 22, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sementara Facebook menghadapi pelbagai tekanan dari pihak berkuasa berkenaan keselamatan data, privasi dan lain-lain berkaitan data pengguna, Snap Inc., syarikat induk Snapchat merancang untuk menyertakan fungsi baru iaitu Family Center.

Bercakap pada WSJ Tech Live, Even Spiegel selaku Ketua Pegawai Eksekutif Snap Inc. berkata salah satu visinya adalah untuk memberikan ruang bagi ibu bapa dan anak-anak mereka berkongsi pengalaman mereka menggunakan platform tersebut. Ini selari dengan banyak laporan berkenaan remaja yang terkesan secara negatif di media sosial disebabkan banyak waktu mereka diluangkan di laman sosial seperti Instagram, Snapchat dan lain-lain.

Tiada butiran lanjut dikongsi berkenaan Family Center namun asasnya ia memberi akses pada ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka di platform Snapchat tanpa berlaku sebarang kebocoran data, masalah privasi dan sah di sisi undang-undang serta percuma.

Jun tahun lalu, seorang remaja lelaki dilaporkan bunuh diri akibat menerima mesej berbentuk pembulian di Snapchat menerusi aplikasi diintegrasi iaitu Yolo dan LMK. Ibunya, Kristin Bride telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Snap Inc. akibat kejadian tersebut.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Kemas Kini WhatsApp Akan Datang Bakal Ada Fungsi Macam Instagram
  • Akhirnya Ciri ‘View Once’ Mula Ditawarkan Pada Pengguna WhatsApp Terpilih
  • Facebook Perkenal Ray Ban Stories, Kaca Mata Pintar Ada Kamera Dan Mikrofon
  • Snapchat Umum “Story Studio”, Aplikasi Penyuntingan Video Terbaru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY